Jangan tidur macam baby!!
Tidur adalah ibarat mati. Ada yang mati semasa dalam tidur. Seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Sebelum anda tidur bacalah doa tidur. Mana tahu mungkin besok belum tentu lagi anda akan bangun. Bangun pagi anda seperti dilahirkan semula. Selalunya orang yang mati dalam tidur mempunyai masalah kes jantung yang lemah, lelah dan darah tinggi yang kronik. Yang paling leceh sekali ialah kentut semasa tidur!. Membuat pasangan anda atau orang yang berada disekeliling anda hilang selera untuk tidur. Elak makan telur rebus yang banyak waktu siang.
Pendapat ulama dan pakar perubatan
Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)
Sebenarnya tidur mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah SWT.
Contoh tidur yang terbaik ialah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda biasanya masuk tidur tidak terlalu malam, kemudiannya bangun beberapa minit setelah lewat tengah malam untuk melakukan solat sunat Tahajud dan berehat sementara menunggu fajar menyingsing untuk solat Subuh.
Satu perkara yang amat sinonim dengan tidur adalah solat Tahajud. Solat Tahajud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya lewat tengah malam. Solat ini juga dikenali sebagai solat malam. Pendapat ulama mengatakan bahawa solat Tahajud boleh menjauhkan panyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara meniarap pula tidak baik untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan. Bagi lelaki, tidur meniarap adalah makruh begitu juga wanita tidur telentang adalah makruh.
Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar(semi concious) kita sepanjang malam tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.
Lagi satu, sekiranya sebelah siangnya anda memarahi anak-anak, sebelum mereka masuk tidur, pujuklah mereka dan katakan anda sayang kepada mereka.Jangan biar mereka tidur dalam kesedihan. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum kita tidur akan mempengaruhi apa yang akan kita alami di dalam mimpi.
Rasulullah SAW menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi, dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mantera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.

Rasulullah SAW memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:
a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.
b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”
c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”
d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”
e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Selepas bangun tidur, cuci lubang hidung kerana syaitan bermalam dirongga hidung.

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cuci tangan selepas bangun tidur.
“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)
Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah SWT. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.
Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yang terbaik.
Jazakallah Khairan.

0 comments:
Post a Comment