(18SX) Ini hukuman yang setimpal bagi kesalahan merogol kanak-kanak
Reman pemandu van rogol murid dilanjut 6 hari lagi
30/07/2010 7:17pm
KUALA LUMPUR 30 Julai — Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis dalam tempoh itu, akan menyiasat penglibatan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu.
"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
Seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan, katanya.
"Polis percaya ada lagi mangsa lain terlibat dalam kegiatan tidak bermoral pemandu van terbabit,” katanya sambil menambah modus operandi lelaki terbabit adalah merogol mangsa di dalam vannya. — Bernama
Semalam Lawyer Karpal Singh telah mencadangkan supaya perogol kanak-kanak dijatuhkan hukuman mati. Dari suara orang ramai yang telah diinterview, banyak yang menyokong hukuman tersebut. Untuk mengubah sesuatu hukuman akan dibahaskan dan diusulkan di parlimen. Sebagai sebuah negara sekular Malaysia, selalunya sebarang pindaan hukuman hanya akan mengambil masa yang terlalu lama untuk diluluskan.
Dari cadangan peguam Karpal Singh itu hukuman mati kepada perogol kanak-kanak tidak akan membawa sebarang erti kepada keluarga si mangsa kerana pesalah yang dikenakan hukuman mati tidak akan menderita lama. Tetapi kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dari trauma dan akan menjejaskan mental bila besar nanti. Hukuman mati tidak akan mengurangkan kes rogol kanak-kanak seperti mana hukuman mati kepada pengedar dadah. Makin banyak lagi kes dadah meningkat walaupun jika mereka ditangkap nanti pasti akan mati ditali gantung.
Allah SWT telah menetapkan hukum HUDUD dilaksanakan pada hambaNya yang melakukan kesalahan. Hukum hudud adalah yang terbaik jalan penyelesaian. Banyak negara-negara Arab telah menjalani hukuman hudud kepada penduduknya yang melakukan kesalahan. Sehingga penduduk takut dan taat akan hukum Allah SWT dan kadar jenayah adalah rendah. Apabila masuk waktu solat sahaja, tak ada orang berani mencuri walaupun tiada penjaganya disitu. Itulah hebatnya hukuman hudud dari Allah SWT. Negara kita bila lagi? ataupun PAS akan melaksanakan bila berkuasa nanti! Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
Ini dia hukum hudud untuk kes rogol..Dipancung anu si awang dogol yang nakal! (Untuk 18SX shj). Klik untuk besarkan imej.
Jazakallah Khairan.
0 comments:
Post a Comment