Bersediakah kita ke sana?
Hidup ini begitu singkat. Entah esok atau lusa giliran kita pulak akan menuju ke sana. Mati! semua orang akan mati tetapi tak tahulah masa dan waktunya. Hidup ini ibarat pentas lakunan. Bila watak diperlukan maka panjanglah umur. Tapi bila watak tidak diperlukan lagi maka tamatlah riwayat. Tinggal segala-segalanya, keluarga tersayang, harta benda, pangkat , dan wang ringgit sudah tiada bererti dan bermakna lagi walaupun sebanyak manapun. Yang dibawa hanyalah kain putih sebagai pakaian disana. Amalan, sedekah amal jariah sahaja sebagai bekalan kita. Itu pun kalau ada untuk dibawa. Rasa-rasanya kita belum bersedia lagi.
Sebelum kita berpindah ke alam akhirat kita akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana kita akan menjawab soalan ditujukan oleh malaikat kepada kita. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada kita akan dimasukkan ke syurga atau neraka.
“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?
Didalam hadith juga dinyatakan, bahawa malaikat ini sangat kejam dan akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa soal jawab di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan.
Hanya binatang-binatang sahaja yang boleh dengar perihal orang-orang di dalam kubur selepas 7 langkah orang ramai dan sanak saudara meninggalkan kubur. Jika ayam-ayam yang tengah asyik patuk cacing kat kawasan kubur jugak akan terperanjat, tercangak kepala masing-masing dan terus bertempiaran lari dari kawasan kubur.
Malaikat Mungkar dan Nakir akan menunggu sehingga dijawab soalan itu barulah dipukul (Orang yang tidak boleh menjawab dengan betul). Orang yang tidak cukup sembahyang dan tidak menqadhanya juga akan dipukul. Rasulullah SAW menyuruh kita menqadhakan sembahyang samada kerana terlupa atau tertidur. Maka orang yang sengaja tinggal sembahyang, lebih lagi kena qadha (perlu qadha sembahyang).
Perlu diingatkan bahawa jika seseorang yang mati itu sekalipun mayatnya hancur, dimakan binatang buas atau menjadi abu, ia tetap disoal mengikut caranya tersendiri.
Soal jawab Malaikat Mungkar dan Nakir tidaklah berlaku kepada semua orang.Terdapat jugak orang-orang tertentu yang terkecuali daripada soal jawab oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Mereka adalah:
1. Para Nabi dan Rasul.
2. Para Wali Allah dan orang yang mati syahid.
3. Orang yang sentiasa membaca surah AL-MULK pada setiap malam, bermula daripada dia mendengar tentang kelebihan surah ini melalui hadis. Sama ada dia membacanya sebelum tidur atau selepas Isya’.
4. Orang yang selalu membaca surah Al-IKLAS ketika dia sakit yang membawa kepada mati.
5. Orang yang mati kerana sakit di dalam perut.
6. Orang yang mati didalam wabak taun, jika dia bersabar dan mengharapkan keredaan Allah SWT.
7. Orang yang mati pada malam jumaat atau pada hari jumaat. Sekalipun dikebumikan pada hari sabtu.
8. Orang yang gila dan bodoh pada asalnya.
“Azab kubur itu adalah benar (benar-benar wujud).(Riwayat Iman Bukhari dan Muslim).
“Apabila ditanam mayat, maka didatangi dua malaikat yang hitam legam dan matanya biru dikenali dengan Mungkar dan Nakir yang mendudukkan mayat itu dan memasukkan roh ke dalam jasadnya dan bertanya:“Apa yang kamu katakan (apa pendapat kamu) tentang lelaki ini” Dalam Riwayat Abu Daud disebut, “Apa akidah kamu tentang lelaki ini?
“Allah akan memberi hidayah kepada orang mukmin yang akan menjawab. “Ini Rasul kami” dan kami telah beriman dengannya”
Dalam satu riwayat yang lain, “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu?” Orang mukmin akan menjawab itu hamba Allah dan Rasulnya. Aku naik saksi Muhammad itu hamba Allah dan rasul kamu. Malaikat mengatakan “aku tahu kamu boleh jawab”
Semuga kita sama-sama insaf akan kehidupan yang singkat dan sementara ini. Alam sesudah mati memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun jugak kita akan mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.
Wasallam
Wasallam
0 comments:
Post a Comment