MENGELAKKAN PERSETUBUHAN KERANA KELETIHAN BEKERJA
Ada isteri yang lena sakan kerana keletihan bekerja dan membiarkan suaminya memperlakukan .... |
Pada zaman ini suami isteri yang bekerja adalah jalan yang terbaik bagi mengukuhkan ekonomi rumahtangga. Dibandar besar yang serba serbinya mahal. Pendapatan suami sahaja tidak mencukupi untuk menampung "overhead" bulanan seperti membayar rumah, api letrik, ansuran kereta dan lain-lain lagi bayaran yang kena bayar. Jadi bagi meringankan, isteri pun turut bekerja juga untuk menambahkan pendapatan keluarga yang masih belum cukup.
Si suami boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.
Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya. Si suami kenalah faham dan bertimbang rasa kepada si isteri yang balik bekerja kerana seluruh fisikal wanita tidaklah sama seperti kaum lelaki. Bila isteri keletihan dan terbaring longlai usahlah diganggu. Ingat sama isteri tu dalam keletihan dan mungkin "mood" dan anginnya belum reda dari keletihan selepas balik dari bekerja.
Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar’i. Ada suami yang gagal kawal nafsu syahwat akan setubuh isterinya yang sedang tidur. Si isteri pula tahu perbuatan suaminya tetapi oleh kerana terlalu amat letih dibiarkan sahaja. Persetubuhan begini sangat bahaya takut-takut bukan suaminya, rupanya seorang lelaki yang tidak dikenali yang menyelinap masuk kedalam rumah.
Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.
Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga. Si suami dalam hal ini kena lebih memahami situasi isteri.
Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang tepat dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu. Barulah lakukan persetubuhan yang akan menambahkan kenikmatan sama-sama apabila kedua-duanya sudah kembali segar semula.
Perlu diingat hidup ini memang sementara dan biarlah ia berpanjangan sehingga kekal bahagia. Seks hanya sebahagian dari kehidupan. Yang penting hak isteri dan anak-anak hendaklah dijaga supaya sama-sama dirahmatiNya.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment