HOT SITE CLICK HERE Bolehkah gunakan ilmu pengasih? | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

Bolehkah gunakan ilmu pengasih?






Menggunakan ilmu pengasih asalkan tujuan kita tidak bercanggah dengan Islam adalah harus dibolehkan selagi tidak mengandungi sihir. Begitu juga berdoa kepada Allah SWT supaya seseorang itu suka dan kasih kepada kita adalah tidak salah dalam Islam. Yang menjadi salah dan hukumnya haram adalah ilmu pengasih yang mengandungi sihir adalah syirik.

Ilmu pengasih boleh diamalkan oleh kita seperti membaca surah-surah dalam Al-Quran. Tetapi kebanyakan mereka yang jahil tentang Islam memperolehi dari bomoh-bomoh yang membuat dalam bentuk seperti tangkal, azimat, cincin atau minyak. 

Yang menggunakan tangkal, azimat atau minyak pengasih dari bomoh-bomoh selalunya mengamal ajaran yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mereka mendapatkan ilmu pengasih bertujuan untuk mengenakan wanita atau lelaki supaya wanita atau lelaki itu akan sentiasa mengingati si pencalit kadang-kadang ada wanita atau lelaki yang terkena ilmu pengasih sanggup mengikut lelaki atau wanita yang mencalit mereka ini kemana sahaja sampai lupa akan ibubapanya, isteri dan keluarganya mahupun kerjayanya. 

Ada yang menggunakan ilmu pengasih supaya urusan dan hajatnya tercapai tanpa bersusah payah. Ada juga menggunakan supaya bos di tempat kerja menyukainya dan senang naik pangkat nanti. Dan bermacam alasan lagi tujuan penggunaan ilmu pengasih. 

Yang selalu digunakan adalah dalam bentuk minyak supaya senang dicalit pada seseorang yang disukai. Minyak pengasih yang diambil dari Bomoh Siam adalah minyak dagu. Dari Tok Batin Orang Asli adalah minyak kayu cenuai. 

Bomoh Melayu minyak senyoyong. Dari seberang Indonesia jugak boleh mendapatkan dari Tok Kiyai iaitu minyak guna-guna. Kalau tak percaya, tanya pegawai Imegresen yang menangkap PATI dari Indonesia, mesti jumpa sebotol minyak guna-guna daripada PATI yang ditangkap. Kebanyakan wanita-wanita Indonesia ini membawa minyak pengasih supaya majikan yang dicalit akan sentiasa sayang kepada mereka sepanjang bekerja di Malaysia. 

Lelaki Lombok pun banyak menggunakan ilmu pengasih. Sampai gadis-gadis dari Malaysia lari meninggal ibubapa mereka kerana mahu berkahwin dengan lelaki Lombok. Kalau tengok lelaki Lombok bukannya hensem atau kacak pun. Selepas gadis ini berada di Lombok barulah menyesal dan mula insaf. Selalunya ilmu pengasih ini ada tempoh kuasanya. 1 tahun atau kurang. Mesti dicalit selalu supaya kekal “power”nya. Selalunya ilmu yang menggunakan iblis dan syaitan tidak tahan lama dan hilang kuasanya. Selepas itu seseorang yang terkena akan mula sedar dari mimpi atau lamunan. 

Tiba-tiba timbul perasaan benci yang amat sangat pada orang yang mencalitnya. Itu pasal selepas 6 bulan berada di Lombok, mereka ini dah mula terkenang kampong halaman dan ibubapa mereka. Kebanyakan jugak yang lari kahwin dengan lelaki Lombok kerana “buta cinta” bukan kena calit. 

Semasa penulis bekerja di Pandan Indah Kuala Lumpur, kerani wanita di pejabat terkena calit dengan minyak dagu dari Siam. Kesan minyak dagu sangat kuat sampai beliau sanggup pergi berjumpa dengan isteri pertama lelaki itu dan minta kahwin dan sanggup jadi isteri no.3. Isteri no.2 lelaki itu seorang pramugari. 

Mungkin jugak terkena minyak pengasih agaknya. Penulis menyuruh beliau supaya ambil cuti dan balik berubat. InsyaAllah beliau dapat dipulihkan sediakala. Beliau memberitahu semasa beliau terkena minyak dagu dari Siam. Perasaan dan ingatannya hanya pada lelaki itu. Bila tidur sahaja baru lupa. Buka mata sahaja terbayang dan perasaan rindu yang amat sangat pada lelaki itu menjadi-jadi dan sanggup melakukan apa saja asal dapat bersamanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengatakan bahawa:

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda:


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الرقي والتمائم والتولة شرك

                   (رواه أبو داود وأحمد) 


Maksudnya: 
“Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” 

Dan yang dibenarkan pulak dalam Islam ialah jampi-jampian sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW:

عَنْ عَوْفِ ابْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ 



Ertinya: 
"Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie, beliau berkata: “Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera, lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w:  Wahai Rasulullah, Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini? Maka Baginda s.a.w pun bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik, maka tidaklah mengapa.”  Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ). 

Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawie  menyatakan bahawa sesuatu jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut: 



1. Ianya mestilah didasarkan kepada Allah SWT dan nama-nama-Nya. 
 


2. Ianya mestilah dituturkan didalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa yang difahami maknanya. 
 


3. Hendaklah beriktiqad bahawa jampi itu tidaklah mendatangkan kesan dengan sendirinya , tetapi semuanya dengan takdir (kehendak) Allah SWT. 



Mengenai ayat yang diambil dari Al-Qur'an boleh saja diamalkan sebagai jampi, sebagai zikir dan sebagai do'a. Dengan syarat kita mengambilnya dari kitab-kitab do'a, zikir dan perubatan yang muktabar. ia juga mesti makthur (diterima dari Nabi saw) atau disahkan oleh ulamak yang ditheqahi, seperti Imam Nawawi (Al Azkar), Ibn Taymiyah (Kalim Tayyib), Prof TM Hasbi As Siddiqiey, Pedoman Zikir dan Do'a., Risalah Al Makthurat susunan Imam Almursyid Hasan Albanna dan banyak lagi. 



Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi.



Ayat-ayat pengasih dari surah Al-Quran yang boleh diamalkan.

1. Surah Yusof ayat 4.
“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

2. Surah Al-Hujurat ayat 13.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

3. Surah Ali Imran ayat 14.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

4. Surah Ali Imran ayat 31.
“Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."



Ayer sembahyang juga boleh membuat seseorang itu kelihatan mukanya berseri. Ingin ditekankan sekali lagi iaitu doa kita kepada Allah SWT agar seseorang itu terpikat kepada kita tidak salah selagi tujuan kita itu tidak bercanggah dengan Islam. 


Wallahu alam. 

1 comments:







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved