3 perkara yang menjaminkan anda
Ini barulah ada masa untuk aku menjenguk blog ini dan memasukkan posting baru setelah baru kembali dari ibukota Kuala Lumpur semalam selepas menghadiri pengebumian jenazah kakak ipar yang meninggal dunia pada hari jumaat lepas kerana penyakit barah rahim. Semuga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat keatasnya.
Mengingatkan kepada kematian akan membuat seseorang itu meningkatkan lagi amal ibadatnya kepada Allah SWT, begitu juga aku yang sangat risau dan amat takut sekali azab seksa kubur dan hari akhirat kerana terlalu sedikit amal ibadat dan amal jariah yang ada untuk dibawa kesana. Sebelum kesana, eloklah menetapkan dahulu matlamat-matlamat ini supaya persediaan ke sana nanti penuh dengan bekalan yang berterusan.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."1. Anak yang soleh.
Anak yang soleh tak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibubapanya. Tetapi anak-anakku semuanya sekolah biasa yang mengambil berbagai bidang. Jadi yang penting anak-anak aku ini taat kepada perintahNya. Meninggalkan semua laranganNya dan membuat yang disuruhNya. Selalu menghadiahkan ayat-ayat suci Allah SWT kepada aku jika tiada nanti
2. Ilmu yang ditinggalkan.
Ilmu ketenteraan yang aku belajar semasa dalam perkhidmatan tentera dahulu pernah aku ajar kepada mereka semasa melatih rekrut tentera darat dan rekrut dari pasukan simpanan Askar Wataniah dari Politeknik-politeknik seluruh negeri Selangor.
Jadi dengan blog ini aku manfaatnya sepenuhnya untuk menyampaikan segala ilmu agama yang dipelajari. Dengan blog ini jugak sekiranya aku tiada nanti, maka pembaca-pembaca akan terus membaca dan manfatnya.
3. Sedekah Amal Jariah.
Ada sedikit sahaja sedekah aku kepada orang susah dan anak-anak yatim tapi tak pernah aku ingat langsung. Sekiranya diberi rezki yang lebih nanti akan aku lakukan yang termampu dan terdaya kepada yang memerlukan. Pernah juga aku bercita-cita membuat sebuah masjid atau surah seperi Yayasan Al-Bukhary. Semoga doa aku tercapai dan dapat membina sebuah surau sekurang-kurangnya atau mewakafkan tanah untuk kebajikan nanti.
Perkara-perkara yang diperlu dibuat sebelum mati.
- Membayar segala hutang yang besar dan kecil.
- Menghalalkan segala orang yang berhutang dengan kita walaupun yang besar dan kecil.
- Meninggalkan segala laranganNya. Judi,arak,zina dan lain-lain dosa besar dan kecil.
- Membuat segala perkara yang disuruhNya. Solat wajib dan sunat, puasa, zakat, haji dan banyak lagi amalan yang baik nak disebutkan.
- Membentuk dan mendidik keluarga menjadi keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.
- Membersih hati sanubari dengan zikirullah.
- Meneruskan kerja-kerja Dakwah secara Internet (Blog) dan fisikal.
- Menuntut semua ilmu agama Allah SWT.
- Tawakal dan serah bulat-bulat hidup ini kepadaNya.
Semuga Allah SWT tetapkan iman dan hidupku ini di landasan yang betul dan lurus.
Wasallam.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment