HOT SITE CLICK HERE Khalwat mendekatkan diri dengan zina | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

Khalwat mendekatkan diri dengan zina





SHAH ALAM: Tiga puluh sembilan individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre pada November tahun lalu. 

Itulah tajuk dalam Harian Metro hari ini 01 April 2010. Ditangkap berkhalwat jam 2.15 pagi. Nampak macam pelajar-pelajar IPTA dari UiTM, Shah Alam.

Jadi kepada pembaca yang dah bertunang atau belum bertunang elok baca dan fahamkan betul-betul dan jangan tersilap langkah yang boleh menyebabkan anda ditangkap khalwat nanti. Kadang-kadang kita selalu lalai dan lupa batas-batas yang ada bila berpacaran. Tetapi banyak mata yang memerhati anda setiap masa. Silap langkah maka anda akan dicekup oleh Pencegah Maksiat. 




Kadang-kadang yang dah berkahwin pun ditangkap berkhalwat baru-baru ini di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah. Apabila Pencegah maksiat membuat operasi. Pasangan ini tidak dapat membuktikan mereka suami isteri dan ditahan berjam-jam di Balai Polis Sungai Petani. Tapi setelah siasatan dibuat dengan pengesahan dari saudara mara barulah dilepaskan. Jadi eloklah bawa surat nikah bersama-sama kepada pasangan suami isteri supaya tidak menimbul masalah kemudian nanti apabila menginap di hotel. Simpan baik-baik surat nikah anda!

Makna "berkhalwat" adalah berdua-duaan di tempat sunyi tanpa mahram hingga menimbulkan fitnah. 

Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad (ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. 

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud:
"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).
Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata: 
"Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.
" Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat (berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong  dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

Allah SWT mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauh mana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

PENGERTIAN PERGAULAN

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

 Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram.

Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi (sah kahwin dengannya). Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut:
                
 i.      Maksudnya: “Perempuan" tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.

 ii.    Maksudnya: “Lelaki" tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha  sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.
            
Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian. 

Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.

Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat, maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.


Semuga kita menjauhkan diri kita dari terjerumus jauh dengan berkhalwat dengan teman wanita atau lelaki. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan niat hambaNya.


Jangan jadi macam beruk. Binatang ini IQ dia rendah daripada manusia. Bila mati nanti, di akhirat semua binatang tak akan dihidupkan semula oleh Allah SWT. Manusia pasti dihidupkan semula untuk menerima balasan dan azab api neraka! 


Warga emas pun kadang-kadang kena tangkap berkhalwat dengan mak janda anak 10. Umur dah lanjut pun tak ingat mati. Rumah kata pergi, kubur kata mari.


Nak cover-up dari kena tangkap berkhalwat ada yang sanggup bawa anak kecil supaya kelihatan seperti sepasang suami isteri. Ini sudah berlaku pada sahabat penulis dalam Tajuk "isteri Curang". Dimana isterinya bawa anak kecil yang berumur 9 bulan. Ibu anak kecil ini selalunya  lapaq jantan sampai sanggup tipu pencegah maksiat. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.


Kadang-kadang kita akan bertembong dengan pasangan begini kat shopping komplek. 
Jangan lakukan perbuatan macam ni walaupun baru bertunang. Yang belum ada ikatan lagi teruk. Jagalah sama maruah ibubapa kita. 


Pemandangan yang biasa kita tengok kat taman-taman rekrasi. 
Pasangan bertudung ini menjatuhkan maruah kaum wanita lain yang bertudung dan baik.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved