HOT SITE CLICK HERE Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama' Yang Fasiq | Islam For All
Breaking News
Loading...
Friday, January 3, 2014

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama' Yang Fasiq



Sesiapa sahaja boleh mengaku dia di dalam kebenaran, namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada panduan dan pimpinan daripada ALLAH SWT. Lebih lebih lagi di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing menyatakan dia benar dan patut diikuti. 


Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan kebenaran. Lantaran itulah ALLAh SWT mengingatkan kita "Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur." - (as-Saba':13)

Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda  saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". H.R. Ibnu Ady

Keterangan

Nabi SAW menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang­orang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Ya ALLAH! Letakkan aku ini sentiasa dalam Pimpinan Mu.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved