HOT SITE CLICK HERE Masa Menjadi Terlalu Singkat. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Friday, January 3, 2014

Masa Menjadi Terlalu Singkat.





Lagi lima hari sahaja lagi akan menjelang tahun 2011. Terasa cepatnya masa berlalu maka bertambahlah umurku. Mungkin masa yang lalu tidak akan berulang lagi dan terus menjadi kita semakin hampir ke alam barzakh. Tanpa disedari masa meningalkan kita. Terasa waktu berputar lebih cepat kehadapan. Terasa masa cepat berlalu. Mungkin hidup ini singkat. Jadikan hidup ini untuk mengasihiNya supaya mendapat rahmatNya. Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan. Bukti kasihNYA, kita wujud didunia pinjaman ini.

Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; 

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (H.R.Termizi)

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved