Jangan cari saham NERAKA !
Niat untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca kadang-kadang menjadikan kita sebagai tukang pembawa fitnah. Tanpa berfikir panjang, kita terus “copy dan paste” dari sumber yang kita sendiri tidak tahu kebenaran ceritanya. Penulis selalu berhati-hati dalam perkara ini. Takut pahala yang dicari, dosa pula yang dapat. Kepada blogger yang suka “copy dan paste” dari blog politik tidak kira dari blog pembangkang atau blog yang menyokong kerajaan atau blog sensasi mengenai artis ini dan artis itu yang mempunyai skandal. Berhati-hati kerana apa yang anda posting kat blog anda, akan dibaca oleh beribu-ribu orang. Anda akan menerima saham sama seperti mana saham tukang yang membuat fitnah. Bayangkan berapa banyak saham yang akan anda perolehi nanti iaitu saham neraka! Buatlah "blogwalking", anda akan berjumpa banyak blog yang menjadi tukang pembawa fitnah.
Pembuat fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (AL-Baqarah: 191)
Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa yang sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah SWT, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Firman Allah s.w.t. "Hai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu" (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan "dengar khabar" mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Saidina Uthman Affan ra, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.
Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai pembawa fitnah:
1. "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
2. "Yang paling dikasihi oleh Allah swt di antara kamu adalah mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah swt dalam neraka pada hari kiamat" (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)
4. Abu Darda berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah swt menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".
5. Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesungguhnya tatkala Allah swt menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu "Berbicaralah". Maka syurga itu berkata "Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku". Lalu Allah swt berfirman "Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempatkan pada engkau 8 golongan manusia:-
a) Orang yang selalu minum khamar.
b) Yang selalu berzina.
c) Yang qattaat (tukang fitnah).
d) Yang mengetuai peperangan.
e) Pengawal penguasa.
f) Orang yang bertingkah laku seperti wanita.
g) Orang yang berkata "Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu". (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
b) Yang selalu berzina.
c) Yang qattaat (tukang fitnah).
d) Yang mengetuai peperangan.
e) Pengawal penguasa.
f) Orang yang bertingkah laku seperti wanita.
g) Orang yang berkata "Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu". (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
6. Diriwayatkan Ka'bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa "Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah". Maka Nabi Musa berdoa :"Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami". Tuhan berfirman "Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)". maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.
7. Diriwayatkan dari Saidina Umar bin Abdul Aziz ra bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: "kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. "Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama". Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini", "Suka mencela, berjalan membuat hasut dan fitnah". Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata "Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya."
8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.
Semuga dijauhkan dari perkara yang menyesatkan kita.
Walahualam. Jazakallah khairan.
0 comments:
Post a Comment