HOT SITE CLICK HERE Solat Tak Batal Jika Tahan Kentut | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, January 7, 2014

Solat Tak Batal Jika Tahan Kentut



Ada dua pembaca dari blog ini yang bertanya soal tentang tahan kentut ketika solat. Jadi untuk jawapan tersebut. 


Soalan:

APAKAH hukum seseorang yang sembahyang dalam keadaan dia menahan buang angin? Adakah solatnya batal?



Jawapan:
SYARAT sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya. Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut. Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah.

Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 



"Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."

Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

Jika seorang daripada kamu berasakan ada angin (ketika dia ada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk), kecuali apabila dia mendengar bunyi atau menemukan angin."

Memang solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Akan tetapi perkara ini tidaklah sampai membatalkan solat. 

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved