HOT SITE CLICK HERE Falsafah Haji Dalam Kehidupan Manusia | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, January 7, 2014

Falsafah Haji Dalam Kehidupan Manusia




Masih dalam mode haji. Sehubungan dengan itu kali ini kita ingin melihat rukun-rukun haji yang mana boleh kita teladani sebagai panduan dalam melayari hidup ini.

Mudah-mudahan jemaah yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji Mabrur. Bukannya haji "Marlboro". Seseorang yang mendapat haji Mabrur, syurgalah tempat mereka. Perbezaan jelas dapat dilihat setelah mereka kembalinya ke tanah air. Muka yang gembira dan berseri-seri seperti bercahaya. 

Dalam ibadah haji rukun-rukun yang termaktub adalah 1.niat 2. wukuf 3. tawaf 4.saie 5.bercukur(atau bergunting) dan 6.tertib pada kebanyakan rukun.


Jika diperhati pada rukun yang pertama yakni niat, sememangnya dalam Islam semua ibadah didahulukan dengan niat. Tanpa niat ia tidak dapat ditentukan sama ada fardhu atau sunat. Dalam kehidupan pula tanpa niat atau keazaman dalam melaksanakan sesuatu, tidak akan sempurna apa yang dihajati. Ini kerana bila niat sudah timbul, tekad sudah menyala bagi menyempurnakannya maka selesailah urusan yang dikehendaki.

Wukuf pula boleh diistilahkan sebagai hari pengijazahan bagi golongan pelajar universiti. Manakala bagi orang awam ia lebih kurang penganugerahan pingat oleh pembesar kepada rakyat. Bezanya di Arafah, Allah SWT mengurniakan keampunan bagi hambaNya yang meminta di samping anugerah" Haji dan Hajjah" disini. Sebagai ingatan ini hanya bandingan. Bukannya benar-benar dapat haji dan hajjah disini. Ada lagi rukun dan wajib yang belum selesai. 

Tawaf pula perbutan mengeliling Kaabah 7 kali. Ia menyerupai perbuatan para Malaikat di Baitul Makmur bagi mengagungkan Allah SWT. Sinonimnya perbuatan berpusing-pusing ini mengingatkan kita indahnya ciptaan Allah SWT. Bulan mengelilingi bumi. Bumi mengeliling matahari. Masa berputar setiap detik. Hidup manusia dari alam roh ke alam janin ke alam dunia ke alam barzah seterusnya alam akhirat. Semoga kita tergolong dari golongan yang berfikir.

Susah payah Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya Ismail turun diteladani dengan melaksanakan saie. Kita menginsafi dengan melaksanakan saie bagi mencapai haji yang sempurna perlu kepada usaha yang berterusan dengan gigih berulang-alik antara Safa dan marwah. Begitu juga dalam kehidupan di dunia. Perlu kepada kegigihan mencapai sesuatu hajat walaupun susah. Kerana sudah adat siapa yang berusaha dia akan berjaya.

Bercukur atau bergunting adalah petanda penghujung rukun haji. Bagi yang mengerjakan haji tamatu', mereka boleh bergunting setelah melontar jamrah kubra pada tanggal kesepuluh Dzulhijjah. Walaupun belum tawaf dan saie. Tahalul awal telah terhasil. Maknanya dalam kehidupan walaupun belum ke alam barzakh, perlu ada satu perhentian yang mana perlu kita berfikir kita sememangnya tidak betah di dunia. Bila-bila masa boleh dipanggil. Taubatlah sebelum masanya.

Tertib. Sememangnya setiap sesuatu perlu aturannya. Sedikit coretan untuk perkongsian bersama. Sekadar renungan. Mudah-mudahan memberi manfaat. 

Semuga berazamlah dan berdoa suatu hari nanti dapat melaksanakan rukum Islam yang ke 5.

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved