HOT SITE CLICK HERE MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, January 7, 2014

MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT




Seorang muslim walaupun rajin beribadah tidak akan masuk ke syurga sekiranya ibadah ia tidak dirahmati oleh Allah SWT. Untuk mendapat rahmatNya bukanlah sukar dilakukan. Walaupun ibadahnya sedikit adalah lebih baik dari ibadah yang banyak tetapi tidak dirahmati. Yang paling baik ialah ibadah yang banyak lagi dirahmatiNya. 


Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas baginda menjawab :


بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ
 الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ.

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadhan.


Cara untuk mendapat rahmat Allah SWT.


1. Sentiasa Berwuduk. Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila seorang muslim itu membasuh mukanya, maka gugurlah segala dosa pandangan matanya bersama-sama aliran air wuduk. Apabila dia membasuh kedua tangannya, maka gugurlah dosa-dosa tangannya bersama-sama aliran air wuduk. Apabila dia membasuh kedua belah kakinya dengan aliran air wuduk sehingga bersih dari dosa."

2. Ibadah Solat. Daripada Abu Hurairah ra, katanya, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
"Apa pendapat kamu jika rumah kamu terdapat sebatang sungai, lalu kamu mandi dalamnya lima kali sehari, ada lagi tak daki-daki yang terlekat pada tubuhmu?". Jawab para sahabat: "Tak ada lagi.". Rasulullah SAW bersabda lagi: "Begitulah solah lima waktu. ALLAH  SWT membersihkan dengannya dosa-dosa kita.".
3. Berakhlak Mulia. Pemaaf, bermanis muka dan berlapang dada, semuanya akan menghapuskan dosa-dosa kita dengan izin ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda: 
"ALLAH akan mengampuni dosa kedua-dua muslim yang bertemu dan bersalaman kerana ALLAH sebelum mereka berpisah".
4.  Bersusah Payah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tidak akan terkena ke atas seorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan kedukaan serta duri yang mencucuknya melainkan hanya sanya kerana ALLAH SWT mahu mengampuni dosa-dosanya.". 
5.  Beristighfar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar dalam setiap kesusahan dan memberikan kemudahan dalam setiap kepayahan serta memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.".
6.  Berjihad. Daripada Abu Hurairah ra katanya: "Seorang sahabat telah melalui sebuah lembah yang di dalamnya terdapat mata air yang jernih dan menakjubkan, lalu dia berkata: "Jika aku mengasingkan diriku dari manusia dan tinggal di lembah ini.... tidak-tidak, aku tak akan melakukannya melainkan dengan keizinan Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya kepada Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: 
"Jangan kamu lakukannya, sesungguhnya kedudukan seseorang yang berjuang fisabilillah adalah lebih baik dari mendirikan solat di rumah selama 70 tahun. Tidaklah engkau mengingini ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa engkau dan memasukkan engkau ke dalam Syurga? Berperanglah di jalan ALLAH. Sesiapa yang berperang di jalan ALLAH sekalipun tempohnya hanya selama memerah susu unta, wajibkan kepadanya Syurga.".
Wassalam. Jazakallah khairan.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved