Ibadah yang sia-sia
Jangan kita lupa empat perkara ini dalam mengerjakan ibadah. Setiap ibadah yang kita lakukan biarlah bernilai dihadapan Allah SWT dari melakukan ibadah yang sia-sia. Jangan kita menjalankan ibadah sebagai rutin atau sekadar menggugurkan kewajiban. Hal seperti ini tentunya membuat ibadah yang dilakukan tidak bernilai atau sia-sia.
Agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia atau bernilai di hadapan Allah SWT, ada empat perkara yang harus diperhatikan.
1. Beribadah harus berdasarkan dalil. Dengan demikian ibadah yang dilakukan tidak mengada-ada atau berdasarkan keinginan atau kemahuan.
2. Beribadah harus mengikuti contoh Rasulullah SAW. Apa-apa yang dilakukan Nabi Muhammad SAW merupakan contoh dalam segala bentuk perilaku ibadah.
3. Beribadah harus diiringi dengan keikhlasan. Apapun ibadah yang dilakukan harus dengan niat kerana Allah Swt.
4. Tidak berbuat syirik. Zaman sekarang ini, berbuat syirik tidak perlu pergi ke tempat yang jauh atau terpencil. Bahkan boleh dilakukan di manapun dengan cara yang sangat mudah seperti ikut serta dalam ramalan melalui SMS”.
Orang yang muflis di akhirat, iaitu orang yang membawa banyak amal ibadah tetapi telah mencela, menggunjing dan zalim kepada orang lain sehingga amal ibadahnya habis diambil oleh mereka.
Semuga ibadah kita diterima oleh Allah SWT walaupun sebesar zarah.
Wasallam. Jazakallah.
0 comments:
Post a Comment