Masih sempat membuat pilihan
Semua ibadah yang kita lakukan selama ini adalah sematanya bertujuan supaya kita berharap dapatlah kita bersama keluarga mendapat rahmat dariNya diterima masuk ke Syurga Allah SWT. Ini adalah destinasi yang terakhir kita. Ini adalah matlamat terakhir kita. Masih sempat lagi untuk bertaubat. Belum terlambat untuk berubah hidup ini kelandasan yang lurus dan benar. Jadi ambil kesempatan sementara masih ada waktu dan peluang untuk kita perbetulkan hala tuju dalam hidup yang singkat ini.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syurga dan neraka bukan asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun, tidak ramai mengambil iktibar atas setiap peringatan diberikan iaitu mengenai azab bakal dikenakan kepada orang melanggar perintah ALLAH SWT dan balasan nikmat kepada orang beriman dan beramal soleh.
Lantaran itu, pada hari akhirat kelak tiada manusia yang tidak menyesal atas segala kejahatan dilakukan bila mana mereka melihat keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta nikmat dalamnya.
Sementara orang dimasukkan ke dalam syurga pula akan bersyukur kerana terselamat daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka dan penghuninya.
Oleh itu, selagi masih hidup dan mempunyai harapan memperbaiki nasib bagi mengelak keazaban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta mengerjakan amalan diredai Allah SWT supaya nanti tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.
0 comments:
Post a Comment