HOT SITE CLICK HERE Kentut memang lawak dan Tak dapat dielakan ...Tapi adakah ia tidak memelihara wuduk? | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, January 7, 2014

Kentut memang lawak dan Tak dapat dielakan ...Tapi adakah ia tidak memelihara wuduk?




Jika terkentut, masih boleh mengadap DYMM Yang DiPertuan Agung ataupun berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia. Kerana mereka adalah hambaNya sahaja. Yang mendaulatkan mereka adalah kita dan kita!. Tapi jika mengadap Yang Maha Esa kena ambil  wuduk selepas terkentut. Jika tidak tak sah solat tersebut. 

Rasulullah SAW pernah berkata, 


Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah ‘YA ALLAH, kuserahkan diriku kepadamun, kuserahkan segala urusanku kepadamu, aku berlindung kepadamu.

Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu.Ya Allah, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan.’ Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraan kamu.” (hadis Riwayat Bukhari)

Melalui wuduk, ia dapat membersihkan orang yang berpotensi menjadi orang yang khianat,penipu, perompak, pendusta dan penjahat. Apabila kita suci, kita dapat memperbaiki kehidupan social , ekonomi, politik undang-undang dan keamanan.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, 
“Pada Hari Kiamat , umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
Bagi mereka yang sentiasa berwuduk dan mengambil wuduk dengan sempurna akan mendapat banyak kelebihan dari Allah SWT. Antaranya angota-angota wuduk tersebut akan bercahaya di akhirat dan Rasulullah SAW akan dapat mengenali umatnya melalui cahaya tersebut. Diriwayatkan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana baginda dapat mengenali umatnya yang belum pernah ditemui setelah wafatnya baginda. Lalu baginda bersabda dengan maksudnya: 

Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda belang putih di kening dan kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah, Baginda bersabda: 
Sesungguhnya mereka umatku akan datang kepadaku dalam keadaan putih bercahaya di kening dan kaki kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di sebuah telaga”.
Kebanyakan dari kita jarang memelihara wuduk. kalau asyik nak kentut macamana nak sentiasa berada dalam wuduk. Orang yang sentiasa memelihara wuduk, lalu mengambil wuduk untuk bersolat. Allah SWT berikan 10 kebaikan kepadanya. Besar fadhilatnya memelihara wuduk.

Setiap perkara yang Allah SWT suruh kita lakukan mempunyai khasiat tersirat. Menjaga wuduk membangkitkan kuasa spiritual kita dan ini akan menguatkan sistem pertahanan dan kesihatan. Spiritual kuat, sihat lah tubuh badan. Elaklah minuman yang bergas dan makanan seperti telor rebus dan lain-lain makanan yang boleh menghasilkan gas. Perbanyakkan makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan yang melancarkan pembuangan air besar pada waktu pagi.  Boleh mengelakkan sembelit. Sebelum berpisah bacalah sajak ini.

Sajak untuk pembaca.



Dia tak berwujud, tak bernyawa
Tapi baunya terasa
Dia tak berbahaya tapi dijauhi
Dia ramah tetapi tak didekati

Kalau bunyinya keras ertinya jujur
Tak bersuara ertinya pemalu
Keluar sekaligus ertinya berjiwa besar
Setengah-setengah ertinya berhemat

Oh KENTUT...
Orang Inggris kentut, dia bilang: "excuse me"
Orang Amerika kentut, dia bilang: "pardon me"
Orang Malaysia kentut dia bilang: "not me, not me”!!!

Kentut itu seru..!!!
Asyik dikumpul, ditahan
Lalu diledakkan sekeras-kerasnya di tengah-tengah kelas
Agar teman-teman ketawa atau malah jadi gila...

Kentut, seperti persahabatan ...hangatnya terasa
Begitu tercium, semua orang tahu ada "dia"
yang selalu menemani hidup kita...
Kentut, tidak kentut bererti tidak sehat

kerap  kentut bererti dahsyat..
Kentut... hati-hatilah melepaskannya
Bertubi-tubi tandanya habis makan ubi
Berair tandanya me.......

Wasallam. 

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved