HOT SITE CLICK HERE Ibu segala maksiat | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

Ibu segala maksiat





Kalau kita tengok banner ini mungkin kita ingat terpasang di kedai atau café  di luar negeri. Semasa penulis berada di Bangkok dan Manila tahun lepas, banner begini memang banyak tergantung di simpang jalan untuk menarik pelancung yang datang melawat negara mereka.

Tetapi ini lah banner yang tergantung di negara 1Malaysia iaitu di negeri Melaka yang bersejarah. Dimana Shah Rukh Khan mendapat anugerah "Datok". Negeri yang banyak sejarah. Sampai sekarang pun sedang membuat sejarah. Supaya terkenal di seluruh dunia. Takkan nak tarik pelancung sampai kena pasang banner macam ni seolah Malaysia ini diperintah oleh orang-orang kafir dan yahudi? Apakah mufti dan Majlis Agama Islam Melaka terlepas pandang , rabun atau buta mata seolah tak  nampak akan banner ini.  Adakah perlu dengan maksiat sebagai tarikan pelancung luar datang beramai-ramai ke negeri Melaka? Orang nak berceramah agama pulak perlu mendapatkan permit dan perbagai arahan ketat kamu kenakan.

Tulisan kat banner berbunyi begini “Free Beers Tomorrow”  Shirts and Shoe required, Bra and panties optional”.  Dalam bahasa melayu maknanya begini!  “Esok bir percuma, Bila datang baju dan kasut kena pakai. Baju dalam dan seluar dalam terpulanglah.” Jadi pengunjung wanita yang nak minum free tak payah pakai baju dalam dan seluar dalam. Kena raba free pulak. Ini semua menjerumus kepada kegiatan maksiat zina. 

Apalah nak jadi dengan umat Islam hari ni. Selepas disiasat terdapat beberapa orang pekerja berugama Islam dan diantara pengunjung yang minum pun ada jugak yang berugama Islam. Sepatutnya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kena ambil tindakan  tangkap orang-orang Islam yang minum dan lepas tu jatuh hukuman sebat macam model sambilan Kartika Seri Dewi Shukarno yang ditangkap di hotel Kuantan.

Firman Allah SWT bermaksud: 
Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya”. (Surah Al-Maidah: 90) Pada ayat inilah muktamad hukum minum arak, iaitu haram dan termasuk dalam dosa besar.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak ini tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau di dalam rumah sendiri.

Apa tidaknya, takut dengan balasan-Nya ketika di dunia ini kerana pada saat Allah SWT menurunkan bala-Nya, ia tidak terkecuali yang melakukan dosa atau tidak. Semuanya merasai musibah tersebut.  Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya,

Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah saw:
“Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram”. 
Ada jugak anak-anak menteri, ahli parlimen Melayu yang berugama Islam pemegang saham terbesar kilang Arak di Malaysia. Tak takut ke azab Allah SWT nanti. Tak cukup ke duit yang bapa kamu bedal dan songlap semasa berkuasa dahulu. Kepada Ahli Parlimen, tak cukup duit projek 10% yang kamu bedal dan songlap?. Nak tahu siapa anak VVIP carilah sendiri!. Cakap bukan main. Nak tegak negara Islam kononnya.

Sekarang pelajar-pelajar sekolah menengah pun terutama di bandar besar berani dan terang-terang membeli minuman keras walaupun berpakaian sekolah. Yang tukang jual pun orang Islam yang bertudung. Kalau di hypermarket asingkan bahagian atau kaunter untuk penjualan arak. Bila ada pelanggan beli benda haram suruh pergi kaunter lain yang juruwangnya yang bukan Islam. 

Sekiranya di mini market ada jual minuman keras. Jangan bekerja disitu. Cari kerja ditempat lain. Walaupun tak minum, dosa menjual minuman keras sama macam yang minum kerana bersubahat dalam perkara ini. Jangan kerana alasan susah untuk mendapat kerja. Maka kita tak peduli dengan haram dan halal dengan rezki yang kita cari. Janji cukup bulan dapat gaji dan bagi keluarga kita makan duit haram itu. Banyak lagi kerja di Malaysia ini. Kalau  tidak, pendatang haram tak pulun nak masuk cari kerja kat Malaysia.

Kerajaan sepatutnya mengambil perhatian yang serious dalam perkara ini. Bagi hotel, restoran dan hypermarket yang menjual arak hanya pekerja  bukan Islam sahaja mengendalikan penjualan arak. Pekerja berugama Islam dilarang sama sekali. Sediakan ruangan khas untuk kaki minum yang bukan Islam. 

Majlis Agama Islam pulak perlu selalu turun padang dan pantau semua restoran dan mini-mini market yang ada menjual minuman keras. Ambil tindakan. Sekarang ini bukan susah nak beli arak. Jika hendak minum wisky murah boleh didapati dimana-mana kedai runcit India atau China dengan harga 1 packet kecil berharga RM1.00 sahaja. Kalau nak tengok, datanglah ke tempat penulis tinggal. Jangan asyik nak berpolitik. 

 
Seorang pelajar perempuan melayu sedang membeli minuman keras di mini market dan juruwang pun seorang wanita melayu Islam...Apa nak jadi macam ni!

10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yg terdapat di dalam hadis di atas:

1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya

2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu. 

3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram.

4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

5Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram. 

6.Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram. 

7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram . 

8. Orang yang mendapat hasil daripada arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

9Orang yang membeli arak : bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram. 

10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu .Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram.

Semuga mendapat pertunjuk dariNya. 


Wasallam

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved