Ahli Parlimen Serdang, seorang bukan Islam masuk ke dalam surau. Sama seperti gambar diatas termasuk bukan Islam tak tutup aurat.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.
Sekian..Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin.
Adab masuk masjid untuk wanita Islam.
Hari ini capt nak beritahu sedikit tentang adab masuk masjid. Ramai orang kita terutama di kalangan wanita kurang tahu adab apabila memasuki masjid. Bacalah yang berikut ini sebagai panduan terutama untuk wanita muda.
1. Pakaian hendaklah sopan dan menutupi aurat.
2. Wanita mesti suci dari haid dan nifas. Wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak boleh masuk ke dalam masjid, walaupun anda yakin tidak kebocoran.
3. Sesudah berwudhu, apabila hendak masuk pintu masjid hendaklah memberi salam kepada malaikat penjaga masjid.
1. Pakaian hendaklah sopan dan menutupi aurat.
2. Wanita mesti suci dari haid dan nifas. Wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak boleh masuk ke dalam masjid, walaupun anda yakin tidak kebocoran.
3. Sesudah berwudhu, apabila hendak masuk pintu masjid hendaklah memberi salam kepada malaikat penjaga masjid.
4. Bacalah doa " Ya Allah aku memohon rahmat darimu." sambil berjalan memasukki masjid.
5. Lakukan solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat.
6. Tidak boleh bercakap-cakap ketika didalam masjid menuggu waktu. ( Orang yang masuk kedalam masjid malaikat berselawat ke atasnya selagi dia tidak besuara atau bercakap-cakap )
7. Apabila selesai solat sunat hendaklah berdiam diri atau berdoa atau berzikir atau membaca al-quran. Ketika berdiam diri eloklah niat iktiqaf dalam rumah Allah (mendapat pahala mudah )
8. Kemudian anda hendak masuk baris atau saf untuk rsolat berjemaah, hendaklah masuk baris dari kiri saf dan naik ke kanan untuk merapatkan saf.
9. Lakukan solat berjemaah dengan tertib melakukan pergerakkan mengikut imam beberapa saat selepas dia melakukan pergerakan tersebut tidak boleh mendahuluinya.
10. Bacaan anda tidaklah boleh kuat hanya perlu dengar ketelinga anda sahaja. Tidak boleh kuat mengganggu makmum lain.
11. Seeloknya tidak boleh keluar dari tempat duduk sehingga imam selesai membaca doa.
12. Tidak boleh berniaga atau membincangkan hal bisness didalam masjid. Jika anda berniaga dalam masjid ada hadith mengatakan di jamin anda akan kerugian.
13. Berdoalah agar kita akan selalu suka datang ke masjid, " Ya Allah sangkutkanlah hatiku di rumahmu ini."
14. Ketika melangkah keluar hendaklah berdoa, " Ya Allah aku mengharap rahmatMu"
Sekian di harap mendapat faedah dari tulisan ini. Wassallam!
Jazakallah khairan.
0 comments:
Post a Comment