Melayu Islam masuk Tokong Hindu di Batu Caves, Selangor dan Tokong Ular di Penang.
Dalam minggu ini banyak sangat kisah sensasi pasal YB yang bukan Islam masuk surau dan masjid menyampaikan derma sempena adilfitri. Banyak pihak mempertikaikan kononnya mencemarkan kemuliaan rumah Allah ini. Pihak AJK surau dan masjid yang membenarkan mereka yang bukan Islam dipersalahkan dalam hal ini. Selepas Dr Asri menjelaskan hukum-hukum berkenaan yang bukan Islam boleh masuk dengan syarat-syarat berikut. Barulah reda sedikit kekecohan ini. Tapi sekiranya orang Islam melawat tokong Hindu di Batu Caves, Selangor semasa Hari Thaipusam atau melawat Tokong Ular di Pulau Pinang, apakah pula hukumnya?
Tokong Ular di Pulau Pinang
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan.
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang Membolehkan.
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebahagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja/tokong atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh kerana itu hukum memasuki gereja/tokong seperti halnya untuk menghadiri perkahwinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.
Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja/tokong) kecuali jika perlu dan mendesak.
3. Yang Mutlak Diharamkan.
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
Sekian Wasallam.
0 comments:
Post a Comment