3 Sifat Mazmummah Yang Merupakan Sumber Segala Dosa
Diantara sifat-sifat mazmummah yang merupakan sumber segala dosa ialah angkuh, tamak dan hasad dengki. Jika seorang ketua masyarakat memiliki sifat-sifat ini, maka pecahlah masyarakat tersebut.
Sifat-sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati seseorang ialah:
1. Pemarah. Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah aje. bawa-bawalah senyum, tentu orang takut nak mendekatinya
2. Pendendam. Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. kes dendam kesumat.
3. Hasad dengki. Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil. Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama. Allah SWT lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah SWT beri melalui makhluk.
5. Tamak. Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walaupun berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugaka, lagipun orang yang tamak selalu rugi. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar. Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyaklah bersabar bila hadapi dugaan. contohnya semasa banyak kerja walau kerja bertimbun atas meja.
7. Ego/angkuh. Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Semua orang ada egonya sendiri.. cuma tinggi dan rendah tahap keegoannya.
8. Riak. Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah SWTmarah kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada.
9. Cinta dunia. Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll.
Makin tinggi sifat mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah SWT dan akan bahagia juga akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya
Nabi SAW bersabda:
”Tiga hal yang merupakan sumber segala dosa, hindarilah dan berhati-hatilah terhadap ketiganya. Hati-hati terhadap keangkuhan, kerana keangkuhan menjadikan iblis enggan bersujud kepada Adam, dan hati-hatilah terhadap tamak (rakus), kerana ketamakan menghantar Adam memakan buah terlarang, dan berhati-hatilah terhadap iri hati, kerana kedua anak Adam (Qabil dan Habil) salah seorang di antaranya membunuh saudaranya akibat dorongan iri hati.” (HR Ibn Asakir melalui Ibn Mas’ud).
Jiwa manusia diliputi oleh sifat takabur pada saat manusia merasa memiliki kelebihan, baik berupa ilmu pengetahuan, harta benda, ataupun jabatan.
Dalam keadaan seperti ini, setan tidak akan tinggal diam, dia akan membisikkan dan memasang perangkap untuk menjerumuskan manusia dengan melakukan tindakan yang tidak terpuji. Seperti, mencela, menghina, dan
merendahkan orang lain.
Sifat kedua yang diingatkan pada kita untuk mencermatinya adalah sifat tamak (rakus). Sering kali kita melihat betapa rakusnya manusia dalam mempertahankan apa yang sedang dalam genggamannya, baik berupa harta, kekuasaan, ataupun kedudukan. Sama sekali ia tidak mau berkongsi dan hanya mau dinikmati sendiri. Ia tidak pernah merasa cukup dan tidak pernah bersyukur atas apa yang diperolehnya.
Padahal, Allah SWT menjanjikan dan mengingatkan berulang kali kepada manusia bahawa sekecil apa pun perbuatan baik yang kita lakukan tidak akan sia-sia.
”Barang siapa yang mau berbuat baik walau sebesar biji zarah pun Allah SWT akan membalasnya. ” (QS Alzalzalah [99]: 7).
Ketiga, hasad atau iri hati. Dengki atau iri hati adalah perasaan tidak rela atau tidak suka melihat orang lain mendapatkan kebaikan atau kenikmatan. Ketika dalam diri manusia telah tertanam sifat dengki, ia akan menghalalkan segala cara untuk menghancurkan orang yang ia dengki. Ia tidak senang melihat orang lain berjaya, pintar, hidup bahagia, dan lebih kaya darinya. Sikap seperti ini akan menghapuskan segala bentuk kebaikan yang selama ini ia peroleh. Perbuatan baiknya akan sia-sia kerana dalam dirinya terdapat sifat iri hati.
Takabur, tamak dan hasad merupakan tiga perangai buruk yang menyebabkan seseorang melakukan tindakan yang tidak terpuji. Kerana itu, Rasulullah SAW selalu mengingatkan kepada kita untuk menjauhi tiga hal yang menyebabkan manusia terjerumus dalam tipu daya setan.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment