HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Thursday, January 2, 2014
no image

PESTA KAUT BERAS DI LEBUHRAYA...YANG MAKAN BERAS INI APA HUKUMNYA?






Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik lori beras yang mengalami kemalangan  di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu mengaut dan memunggah beras yang bertaburan diatas jalanraya dan ada yang mengisi dibelakang bonet kereta. Mungkin setahun tak payah beli beras macam tu! 
no image

FITNAH ITU AMAT BERBAHAYA




Pisau-dapur-berdarah


Menjelang PRK di dua kawasan DUN, pelbagai fitnah boleh kita baca di blog-blog politik tentang calun dari parti politik yang akan bertanding. Perkara begini sudah menjadi mainan politik mereka sejak dahulu lagi bertujuan untuk mencapai kemenangan tanpa memikir betapa beratnya dosa fitnah ini. Kesan buruk dari fitnah boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam yang begitu ghairah dengan kemenangan yang sementara yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada rakyat. Jangan kita bersekongkol dengan orang yang suka membuat fitnah kerana kita akan diseret bersama dengan mereka ke neraka nanti. (Istighfirullah 100x).
no image

PEMAAF TANDA MUKMIN HEBAT




Rasullullah SAW adalah manusia yang paling sabar dan paling banyak memberi kemaafan, padahal baginda SAW berupaya untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi sifat-sifat penyabar dan pemaaf yang ada pada baginda SAW. Janganlah asyik nak melenting jika orang lain melakukan kesilapan. 

Banyak-banyaklah bersabar dan bertenang kerana sifat marah adalah disukai oleh syaitan yang senantiasa membisikkan kepada orang yang sedang marah. Sebab itu sedikit perselisihan faham dari orang yang tidak sabar akan membawa kemusnahan pada pihak lain. Banyak kes kematian yang membawa pesalah ke penjara dan tali gantung kerana hilang sifat-sifat tersebut. 
Wednesday, January 1, 2014
 AZAB DAN BALA ALLAH SWT.

AZAB DAN BALA ALLAH SWT.




Rasulullah saw bersabda bermaksud: 
“Apabila Allah menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Hadis Riwayat: Al Bukhari).
no image

UJIAN ALLAH PENENTUAN TAHAP KEIMANAN DAN KETAQWAAN.







Ujian demi ujian dihadapi umat Islam adalah peperiksaan untuk mengetahui tahap keimanan kepada Allah. Mereka yang teguh di jalan-Nya tentulah mendapat markah tinggi, manakala yang goyah akan menanggung akibatnya.

Ujian bukan hanya kesukaran hidup, tetapi juga kesenangan yang menjadi sebab seseorang Muslim berjaya atau gagal dalam perhitungan hidupnya. Sejak sekian lama, umat Islam diuji dalam pelbagai bentuk kerana Muslim tidak akan beriman selagi tidak diuji.

Allah swt berfirman bermaksud: 
no image

HUKUM FARAID






Yang mempunyai harta yang banyak. Pembahagian harta biarlah adil mengikut hukum yang Allah swt tetapkan dalam hukum faraid. Janganlah meninggalkan harta pada anak-anak secara tidal adil kerana disebabkan harta yang kita tinggal didunia menjadikan mereka berkelahi, bergaduh dan lalai terhadap perintah dan suruhan Allah SWT. 
no image

KAFFARAH MELANGGAR SUMPAH







(سورة المائدة)
لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (٨٩)

Terjemahan


(89) Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarah (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya). (Al-Maaidah 5:89) 
 APA MAKNA ZIKIR KEPADA ALLAH?

APA MAKNA ZIKIR KEPADA ALLAH?






MAKSUDNYA:

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah (zikrullah) dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Al-Jumuah 62:9–10)

Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah (zikrullah) banyak-banyak supaya kamu beruntung.
no image

TUJUH GOLONGAN YANG BAHAGIA DI AKHIRAT.





Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:

1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BERPERANG DI JALAN ALLAH.

BERPERANG DI JALAN ALLAH.







( Al-Nisa’ 4:71-76)

Setelah Allah SWT, menyuruh kita agar beribadat hanya kepadaNya dan jangan melakukan syirik, agar menjalin hubungan baik dengan kaum kerabat, jiran tetangga, anak yatim dan fakir miskin, hukum-hakam perkahwinan dan pembahagian harta pusaka, maka pada ayat berikut ini Allah menjelaskan pula tentang hukum-hakam peperangan dan bagaimana seharusnya kita memelihara agama kita dari ancaman musuh.
 SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN - SOLAT JENAZAH

SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN - SOLAT JENAZAH




"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".

Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
no image

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN





Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.
JANGAN BUANG AIR MENGADAP KIBLAT.

JANGAN BUANG AIR MENGADAP KIBLAT.




 


Jika sebelum ini, kita main pancut ikut suka hati kerana belum tahu, mulai hari ini jika mahu membuang air. Jangan mengadap atau membelakang kiblat ketika buang air besar atau kecil. Hormatilah kiblat dan kemuliaan agama. Jaga perkara ini sebaik-baiknya sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Jika membina rumah atau tandas berangsingan seperti dikampung, elakkan tandas itu mengadap atau membelakangkan kiblat. 
no image

BILA SEDEKAH JATUH KE TANGAN ORANG FASIK




Belajar Memberi Sejak Dini

Sanggupkah anda memberi sedekah anda kepada pelacur, pencuri dan orang kaya yang bakhil!. Jika sebelum ini kita selalu memberi sedekah pada golongan yang miskin dan anak-anak yatim. Bacalah kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah saw yang memberi sedekah kepada tiga golongan orang yang fasik seperti yang disebut diatas.

no image

KESAN MENYEBARKAN SMS





Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS) membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.
 JIWA YANG TIDAK TENANG.

JIWA YANG TIDAK TENANG.




Wahai jiwa-jiwa yang tidak tenang,


Dengarkan ini, isi hati yang hampa dan kosong. Bukan kerana dia merasakan sunyi. Tapi kerana kosong kerana sedih melihat engkau terus-terusan merasa ‘hampa dan sempitnya’ hidup (katamu). Engkau bertanya-tanya, berbisik-bisik, meminta-minta pada Tuhan :
FARAID WAJIB TAKUT TERMAKAN HARTA ANAK YATIM DAN HARTA SAUDARA MARA.

FARAID WAJIB TAKUT TERMAKAN HARTA ANAK YATIM DAN HARTA SAUDARA MARA.




gambar hiasan shj

Pada hari ini menyelesaikan pusaka bukan lagi menjadi satu keutamaan kepada umat Islam. Tiada masa kerana sibuk bekerja, tiada hubungan baik dengan keluarga, malas hendak masuk campur kerana tidak berminat untuk mendapatkan harta tersebut, tinggal jauh dari kampung dan sikap enggan ambil tahu tentang harta pusaka adalah antara sebab-sebab remeh yang lazimnya kita dengar apabila ditanya mengenai status harta pusaka yang belum diselesaikan oleh waris.

Lebih membimbangkan lagi adalah kesan dari tindakan di kalangan waris sendiri yang gagal untuk menyelesaikan pusaka simati walau pun mengetahui perlu berbuat demikian seperti yang dikehendaki oleh syarak.







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved