HOT SITE CLICK HERE KESETIAAN WANITA SOLEHAH KEPADA SUAMI SETELAH SUAMI MENINGGAL DUNIA | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, March 18, 2014

KESETIAAN WANITA SOLEHAH KEPADA SUAMI SETELAH SUAMI MENINGGAL DUNIA





Adakah lagi wanita solehah seperti Saiyidah Naa'ilah binti Al-Farafishah, isteri kepada Saidina Uthman r.a. atau wanita solehah seperti Al-Rabbab binti Imri' Al-Qais, isteri Saidina Al-Husain bin Ali r.a. Ini adalah diantara contoh wanita solehah yang setia kepada suami setelah suami mereka meninggal dunia dan tidak berkahwin lagi sehingga akhir hayat.


Islam menggalak wanita-wanita yang kehilangan suami berkahwin lagi kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah. Namun terdapat sebahagian wanita solehah lebih suka untuk tidak berkahwin setelah kematian suami sebagai membalas budi dan menunjukkan betapa tingginya kedudukan suaminya itu disisinya. Mungkin tiada pegganti yang setaraf dengan bekas suaminya. Perasaan kasih sayang yang amat tinggi sehingga mereka sanggup menjanda sampai ke usia tua.

Wanita yang tidak setia kepada bekas suaminya, habis sahaja iddahnya 3 bulan. Mulalah bertukar corak dan rupa. Ada sebahagian mereka yang dahulu tidak berapa mewah. Setelah kematian suami akibat kemalangan dan mendapat gantirugi insuran nyawa berpuluh ribu mulalah melaram sakan. Kadang-kadang bila lalu hampir dengan kita pun mungkin tak perasan siapakah wanita ini kerana dahulu make-upnya pun kurang maklumlah tiada berwang.

Tapi kini sudah "loaded" dan mula bergaya habis sampai anak-anak kadang-kadang pun terabai. Hantar kat datuk kat kampong. Kejar jantan sana sini. Nafsu mulalah bergelora dan terasa gersang dan perlu belaian kasih seorang lelaki. Jika nasib tak baik dapat jantan kaki songlap habislah duit insuran bekas suaminya. Bukan nak mengata kepada mereka tetapi itulah yang selalu kita dengar dan lihat berlaku. Yang baik pun banyak sampai tak kahwin sehingga banyak lelaki yang "frust" menongging sebab pinangan ditolak terus tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Berbalik kisah wanita solehah iaitu Saiyidah Naa'ilah binti Al-Farafishah, isteri kepada Saidina Uthman r.a. Beliau menolak untuk berkahwin selepas kematian suaminya. Ketika Muawiyah datang meminangnya, beliau menolaknya sambil berkata:

"Apa yang engkau kagum mengenaiku"

Jawab Muawiyah:

"Gigi kacipmu"

Lalu Saiyidah Naa'ilah mencabut giginya dan berkata:

"Tidak seorang pun melihatnya sesudah Uthman"

Apa yang dilakukan oleh Saiyidah Naa'ilah ini adalah bertentangan dengan syarak kerana seseorang Muslim tidak boleh merosakkan anggota tubuhnya walau apa pun alasannya. Oleh itu kita hanya boleh mengambil pengajaran daripada kesetiaannya kepada Saidina Uthman r.a dan penolakannya terhadap peminangan Muawiyah r.a.

Jika wanita sekarang, bahkan nak cabut gigi sampai rongak supaya lelaki lain tak pandang lagi. Lepas suami mati siap buat "transplant" tanam gigi baru. Bukan murah, sebatang gigi yang ditanam kos sampai RM2 ribu sehingga RM3 ribu. Kena 5 batang yang rongak sudah berapa?? Dahulu muka banyak bekas jerawat batu. Buat rawatan kat salon 1 package sehingga muka jadi licin dan putih macam nyonya baba. Itu wanita yang tak solehahlah.


Yang solehah tak buatlah macam tu!. Banyak mengaji Al-quran dan membesarkan anak-anak. Ambilalih tugas suami yang menyambut panggilan ilahi. Selalu menziarahi kubur suami sampai rumput tak sempat tumbuh. Banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Baju suami jadi pengubat rindu. Seperti lirik lagu arwah P.Ramlee "Dimana nak ku cari ganti...serupa dengan mu".

Lagi kisah seorang wanita solehah yang bernama Al-Rabbab binti Imri' Al-Qais, isteri Saidina Al-Husin bin Ali r.a pernah dipinang sesudah habis iddahnya atas kematian suaminya. Namun beliau tidak mahu mencari pengganti Al-Husain sebagai suaminya dan Rasulullah saw sebagai mertua. Beliau berkata:

"Aku tidak akan mengambil mertua lain sesudah Rasulullah saw" dan bersyair:

"Demi Allah, aku tidak menginginkan pertalian dengan kalian hingga aku lenyap diantara pasir-pasir dan tanah kuburan"

Itulah diantara dua kisah wanita yang solehah yang setia sehidup semati. Selain kesetiaan mereka kepada janji-janji mereka terhadap suami-suami mereka sebahagian mereka juga memiliki anak-anak yang membuat mereka menahan diri untuk tidak berkahwin lagi sehingga mereka memperoleh apa yang telah disebut oleh hadis Rasulullah saw:

"Aku dan perempuan yang menampar-nampar pipinya seperti ini pada hari kiamat(dan perawi mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya). Iaitu perempuan yang menjanda dari suaminya, yang memiliki kedudukan dan kecantikan, menahan dirinya atas anak-anak yatimnya sehingga mereka berkahwin atau meninggal dunia"


Wasallam.

0 comments:

Post a Comment


Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved