HOT SITE CLICK HERE JANGAN BUANG AIR MENGADAP KIBLAT. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Wednesday, January 1, 2014

JANGAN BUANG AIR MENGADAP KIBLAT.




 


Jika sebelum ini, kita main pancut ikut suka hati kerana belum tahu, mulai hari ini jika mahu membuang air. Jangan mengadap atau membelakang kiblat ketika buang air besar atau kecil. Hormatilah kiblat dan kemuliaan agama. Jaga perkara ini sebaik-baiknya sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Jika membina rumah atau tandas berangsingan seperti dikampung, elakkan tandas itu mengadap atau membelakangkan kiblat. 

Walaupun larangan ini hanya untuk tempat terbuka yang tiada tabir, buat pada masa kini yang buang air ditempat terbuka hanya berlaku semasa anda berada didalam hutan, seperti arab badwi yang dalam perjalanan merentas padang pasir termasuk tentera atau polis PGA yang melakukan tugas diperbatasan. Jika dibandar atau kampong, jarang ada orang yang buang air besar atau kecil ditepi jalan. Yang ada pun hanya orang gila atau kanak-kanak. Kadang-kadang berlaku juga bagi pemandu yang kenderaannya rosak di lebuhraya kerana terpaksa.


Ayyub al Anshari r.a mengabarkan bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Apabila seseorang kamu buang air (besar atau kecil) janganlah mengadap kiblat atau membelakang mengadaplah ke timur atau kebarat."
Hadis ini diucapkan Nabi SAW waktu beliau berada di Madinah, dimana Ka'bah berada disebelah selatan. Supaya jangan mengadap atau membelakangi kiblat, Nabi menyuruh mengadap ke Timur atau ke Barat. Untuk Indonesia dan Malaysia tentu tidak dapat mengadap ke Timur atau ke Barat, kerana Ka'bah berada disebelah barat Indonesia/Malaysia. Tetapi harus mengadap ke Utara atau Ke Selatan. Larangan ini berlaku bagi orang yang membuang air ditempat terbuka tanpa tabir, hikmahnya ialah untuk kehormatan Ka'bah dan kemuliaan agama.

Wasallam.

Sumber: Dipetik dari terjemahan hadis Shahih Bukhari
Terjemahan hadis dlm bahasa Indonesia diketuai oleh Kiyai Ahli Hadis Haji Zainuddin Hamidy.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved