HOT SITE CLICK HERE TIADA DARA MALAM PERTAMA | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, March 18, 2014

TIADA DARA MALAM PERTAMA




Soalan:

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.?

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah.

Jawapan:


Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti.

Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian.

Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ


Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”
(Surah al-Nisa’: 34)

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved