Kalau kita tengok banner ini mungkin kita ingat terpasang di kedai atau café di luar negeri. Semasa penulis berada di Bangkok dan Manila tahun lepas, banner begini memang banyak tergantung di simpang jalan untuk menarik pelancung yang datang melawat negara mereka.
Tetapi ini lah banner yang tergantung di negara 1Malaysia iaitu di negeri Melaka yang bersejarah. Dimana Shah Rukh Khan mendapat anugerah "Datok". Negeri yang banyak sejarah. Sampai sekarang pun sedang membuat sejarah. Supaya terkenal di seluruh dunia. Takkan nak tarik pelancung sampai kena pasang banner macam ni seolah Malaysia ini diperintah oleh orang-orang kafir dan yahudi? Apakah mufti dan Majlis Agama Islam Melaka terlepas pandang , rabun atau buta mata seolah tak nampak akan banner ini. Adakah perlu dengan maksiat sebagai tarikan pelancung luar datang beramai-ramai ke negeri Melaka? Orang nak berceramah agama pulak perlu mendapatkan permit dan perbagai arahan ketat kamu kenakan.
Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan masyarakat. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama yang diterima selama ini. Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian. Apabila kita ditawarkan pekerjaan di dalam kerajaan atau swasta. Dalam surat tawaran kerja akan tercatat perintah tetap atau “standing orders” ataupun mengenai bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
Diantara kandungan surat tawaran jugak ada menerangkan jadual dan masa bekerja dan lihatlah masa yang kita ada dalam sehari bekerja.
SHAH ALAM: Tiga puluh sembilan individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre pada November tahun lalu.
Itulah tajuk dalam Harian Metro hari ini 01 April 2010. Ditangkap berkhalwat jam 2.15 pagi. Nampak macam pelajar-pelajar IPTA dari UiTM, Shah Alam.
Jadi kepada pembaca yang dah bertunang atau belum bertunang elok baca dan fahamkan betul-betul dan jangan tersilap langkah yang boleh menyebabkan anda ditangkap khalwat nanti. Kadang-kadang kita selalu lalai dan lupa batas-batas yang ada bila berpacaran. Tetapi banyak mata yang memerhati anda setiap masa. Silap langkah maka anda akan dicekup oleh Pencegah Maksiat.
Menggunakan ilmu pengasih asalkan tujuan kita tidak bercanggah dengan Islam adalah harus dibolehkan selagi tidak mengandungi sihir. Begitu juga berdoa kepada Allah SWT supaya seseorang itu suka dan kasih kepada kita adalah tidak salah dalam Islam. Yang menjadi salah dan hukumnya haram adalah ilmu pengasih yang mengandungi sihir adalah syirik.
Ilmu pengasih boleh diamalkan oleh kita seperti membaca surah-surah dalam Al-Quran. Tetapi kebanyakan mereka yang jahil tentang Islam memperolehi dari bomoh-bomoh yang membuat dalam bentuk seperti tangkal, azimat, cincin atau minyak.
Ini barulah ada masa untuk aku menjenguk blog ini dan memasukkan posting baru setelah baru kembali dari ibukota Kuala Lumpur semalam selepas menghadiri pengebumian jenazah kakak ipar yang meninggal dunia pada hari jumaat lepas kerana penyakit barah rahim. Semuga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat keatasnya.
Mengingatkan kepada kematian akan membuat seseorang itu meningkatkan lagi amal ibadatnya kepada Allah SWT, begitu juga aku yang sangat risau dan amat takut sekali azab seksa kubur dan hari akhirat kerana terlalu sedikit amal ibadat dan amal jariah yang ada untuk dibawa kesana. Sebelum kesana, eloklah menetapkan dahulu matlamat-matlamat ini supaya persediaan ke sana nanti penuh dengan bekalan yang berterusan.
Setiap kali ada kematian. Pada malam hari selalunya akan diadakan majlis kenduri tahlil arwah di rumah si mati. Jadi semasa penulis di sekolah rendah lagi tidak akan “miss” kenduri tahlil arwah kerana makan dah confirm “best” punya jika yang si arwah itu orangnya berada, ramai pulak yang datang. Kalau yang arwah semasa hidupnya jarang ke masjid berjemaah atau sibuk dengan urusan sendiri, kuranglah jemaah masjid yang datang ke tahlil arwahnya. Mungkin kena sabotaj kot sampai berlebihan lauk terpaksa dibagi kepada jiran-jiran yang berdekatan. Selalunya tahlil arwah dibuat 3 malam berturut-turut. Dan selepas itu pada hari yang ke 100. Tolong betulkan kalau salah. Dan selepas itu terpulanglah pada anak-anak membuat tahlil untuk arwah bapa atau saudara mereka mengikut kemampuan masing-masing.
Dalam hidup yang penuh cabaran dan ujian dari Allah SWT. Apabila kita menolong seseorang yang memerlukan pertolongan kita. Tidak semestinya si polan yang kita tolong dahulu akan membalas balik budi baik kita. Kadang-kadang si polan yang kita pernah menolongnya dahulu mungkin akan menentang kita balik suatu hari nanti. Tapi setiap pertolongan ikhlas yang pernah kita hulurkan dahulu mungkin orang yang kita tidak kenali akan menolong kita balik. Kerana Allah SWT akan menghantar seseorang menolong kita yang diibarat tangan-tangannya.
Orang yang ikhlas selalunya yang tertindas dalam organisasi kerajaan atau swasta. Yang pandai mengampu dan kroni sahaja mendapat peluang dimana mereka bekerja. Jadi yang ikhlas jangan susah hati atau kecil hati dengan nasib ditempat kerja. Buat kerja anda sebaik yang mungkin dengan hati penuh keikhlasan. Ikhlas adalah satu sifat yang disukai Allah SWT kepada hamba dalam melakukan apa-apa pekerjaan maupun solat.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر