HOT SITE CLICK HERE RENUNGAN BUAT BAKAL PENGANTIN | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, March 17, 2014

RENUNGAN BUAT BAKAL PENGANTIN






Buat renungan kita di musim pernikahan yang akan menjelang tak lama lagi. Mohon sebarkan jika ianya bermanafaat. Di sini dicatatkan khutbah nikah yang disampaikan di majlis akad nikah baru-baru ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya Allah.


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita berhimpun dalam majlis yang diberkati ini. Selawat dan salam kepada Junjungan kekasih kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemuliaan dan keberkatan kepada ahli Keluarga Baginda, para Sahabat r.a. para Syuhada, para Auliya, para Ulama dan mereka yang menjejaki perjalanan kebenaran.


Anakanda berdua,

Oleh kerana itu, ada 3 perkara penting perlu wujud demi kebahagiaan dalam hidup seseorang, iaitu :

Ciri Pertama

  • Tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan terhadap masa lalunya; masa lalu selalu diingati dengan istighfar dan syukur. Permohonan ampun didasari atas kelemahan manusia diiringi dengan keyakinan bahawa Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang; rasa syukur yang dilandasi atas kesedaran kuat bahawa betapapun beratnya cubaan dan kesulitan, nikmat Tuhan selalu lebih banyak dibanding itu semua.


Ciri Kedua

  • Apa jua ujian yang dihadapi nanti perlulah bersikap dengan semangat pantang menyerah kerana keyakinan bahawa terhadap setiap sebuah kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kemudahan. Cukuplah kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa dari kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal, yang dalam bahasa Al-Quran disebut, “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu”.


Ciri Ketiga

  • Kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah ketidakpastian bagaimana di masa depan. Maka selalu berfikir dengan baik, mengamalkan syukur dan tawakal. Apabila kita bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki, nescaya Allah akan menambahkan kebahagiaan pada kehidupan kita malah akan ditambah lagi nikmat kebahagiaan di masa hadapan. Jadikanlah kebahagiaan sebagai matlamat abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan keluarga.


Wahai anakanda,

3) Pernikahan adalah KEBAHAGIAN. Ia adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga.

Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan dari kehancuran atau kecelaruan itu adalah sikap kemaafan. Bukalah pintu kemaafan selebar-lebarnya dan selama-lamanya kerana ia akan mencegah masuknya kemarahan, kemarahan pembuka pintu iblis dalam menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam.

Ini penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai, pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan. Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting. Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia. Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].

4) Pernikahan adalah RAHMAT. Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan fungsi anakanda masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Menurut ketentuan agama, tanggung jawab sebagai ketua keluarga berada di bahu suami dengan tanggung jawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju matlamat abadi, yakni kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar dari siksa neraka.

Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].

Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat, maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya kalian melihat kelemahan pada pasangan kalian maka berdoalah agar dibalik kelemahan itu terdapat kebaikan yang tidak terduga.

Ingatlah firman Allah SWT (An-Nisaa’:19],

“Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda, yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.

Sebagai penutup di akhir khutbah, Ayahanda Walid berpesan kepada kedua mempelai pengantin baru dan juga buat sekelian yang hadir dengan firman Allah SWT :

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar.” (al-Ahzaab: 70-71)

“Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali-‘Imran: 102)

Sumber: Dr Nurdin JamaludinUK

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved