HOT SITE CLICK HERE IZIN JANDA DENGAN KATA, IZIN DARA BILA IA DIAM. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, March 18, 2014

IZIN JANDA DENGAN KATA, IZIN DARA BILA IA DIAM.






Sebelum bertunang pada zaman dahulu, pihak lelaki sekiranya ingin berkahwin dengan gadis pilihannya, terlebih dahulu menghantar wakil untuk merisik pertunangan bertanya kepada ibubapa si gadis sama ada pinangan diterima atau ditolak. Sekiranya gadis itu diam dan tersenyum meleret itulah tanda gadis itu bersetuju.



Tetapi zaman sudah berubah, tiada lagi ghairah seperti dahulu kerana sudah berkali-kali keluar "dating" kehulu dan kehilir. Si gadis memaklumkan kepada ibubapanya, pihak lelaki akan datang meminang dan mengikat tali pertunangan bulan hadapan.

Tapi zaman sudah berubah. Sekarang sudah ada pula gadis yang "offer" dirinya untuk berkahwin dengan lelaki dengan bersyarat. Seperti mempunyai pendapatan tetap, sekurangnya empat angka, belum pernah berkahwin, memiliki kereta jenama dan elok paras rupa. Pernah terjumpa dalam satu blog. Tapi dah lupa nama blog tersebut. Gadis ini mungkin "desperado". Bila kahwin nanti jadilah macam kisah dalam TV "Desperate Housewife".

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
"Seorang wanita janda tidak boleh dikahwin begitu sahaja sebelum diminta persetujuannya; dan seorang gadis  tidak boleh dikawinkan sebelum diminta izinnya." 

Para sahabat bertanya,

Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami memperoleh izinnya?"

Jawab Rasulullah,

Izinnya ialah jika ia diam"

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw bersabda:
"Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis harus diminta persetujuan daripadanya, persetujuannya itu ialah jika ia diam."

Wahai gadis jika kamu "Diam" bermakna kamu setujulah!. Jangan diamkan diri jika tak bersetuju sekiranya pihak lelaki datang meminang nanti. Sebab kahwin bukan perkara mainan.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved