BOLEH BERCUMBUAN DENGAN ISTERI DALAM HAID
Apabila isteri datang bulan, maka suami pun mencari bintang untuk berteduh kerana sudah menjadi tabiat sesetengah lelaki akan tidur berasingan bila isteri datang kotor. Dalam kepala mereka sejak dari kecil lagi sudah diingatkan supaya menjauhkan diri dari wanita yang datang haid. Bercumbuan jauh sekali.
Sebenarnya kita boleh bercumbuan dengan isteri yang datang kotor jangan sampai melakukan persetubuhan. Pasangan yang baru kahwin yang nafsunya tidak terkawal eloklah tidur berasingan takut berlaku perkara yang ditegah oleh agama.
Dahulu seorang kawan penulis menceritakan, beliau selalu akan bertanya setiap kali isterinya datang bulan. Selepas tiga atau empat hari semasa datang bulan. Ayat "favourite-nya" "DAH" ke "BELUM". Pendek ayatnya tapi panjang maksudnya!. Jawab isterinya "BELUM"!. Maka tampak muka suaminya yang "frust" dan kecewa. Maklumlah sudah tiga tahun berkahwin tapi masih belum lagi dikurniakan cahayamata.
Projek yang lepas belum berhasil, setiap kali bila isteri lewat datang bulan, cukup ghairah sekiranya isteri mengandung. Adik beradik yang baru kemudian berkahwin sudahpun mempunyai anak. Jika jawapan "DAH"!. Suaminya akan berkata! "CEPAT! MANDI DAN SOLAT!", barulah ceria sikit muka suaminya.
Faham-fahamlah selepas solat ada projek besar. InsyaAllah sekarang sudah mempunyai tiga cahaya mata selepas tahun kelima perkahwinan baru dapat anak yang pertama.
Berbalik kepada hadis Nabi SAW, mari kita baca terjemahan hadis Shahih Imam Muslim:
Dari 'Aisyah r.a, katanya:
"Apabila salah seorang kami haid, maka Rasulullah saw menyuruhnya supaya memakai kain haid, sesudah itu beliau bercumbuan dengannya."kata Aisyah selanjutnya,"tetapi, agaknya tidak ada di antara kalian yang sanggup mengendalikan nafsunya seperti Rasulullah saw."
Yang dimaksukan kain haid dalam hadis ini adalah tuala wanita. Pada zaman opah kita dahulu tahun 40an mana ada jual tuala wanita seperti sekarang. Sekarang bersepah-sepah kat rak supermarkat. Dahulu bila beli kat kedai runcit untuk kakak dikampung, pekedai akan membalut dengan surat khabar dahulu sebelum dimasuk kedalam plastik berwarna hitam. Sekarang sampai iklan dalam tv, tunjuk wanita terlompat sana sini kerana menunjukkan ketahanan tuala wanita jenama tersebut.
Dahulu opah atau arwah akan ambil kain batik lama yang tidak dipakai lagi dan di potong-potong kecil bersaiz tuala putih "Good Morning". Penulis masih ingat semasa bersekolah rendah dahulu. Bila nak cuci basikal yang kotor selepas hujan. Diambil kain batik kecil yang tersidai kat ampai. Rupa-rupanya itulah kain haid. "sorry mummy!" sekarang ana baru perasan.
Lagi satu hadis Nabi, Dari Maimunah r.a, isteri Nabi saw, katanya:
"Rasulullah pernah bercumbu isterinya ketika sedang haid, tetapi mereka pakai kain haid (tidak sampai bersetubuh)."
Dari 'Aisyah r.a, katanya:
"Rasulullah saw duduk menyandar kepadaku, lalu membaca quran, pada hal aku sedang haid."
Banyak lagi hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Selepas membaca hadis-hadis ini, baru tahu betapa dangkalnya ilmu agamaku dan perbuatanku selama ini kepada isteri. Semuga mendapat manfaatnya.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment