HIJAB TUTORIAL: HANA TAJIMA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Trend dan gaya bertudung Hana Tajima banyak mempengaruhi wanita-wanita Malaysia khususnya golongan muda terdiri dari pelajar-pelajar termasuk yang sudah bekerja. Anak penulis pun terikut-terikut gaya ini. Biarpun apa gaya sekali pun yang penting pakai tudung dan tutup aurat daripada tak bertudung langsung dan mendedahkan rambut.
Idea membuat posting ini, selepas membaca blog I'm Bluewendy. Berguna juga tutorial macam ni. Kalau asyik nak suruh orang tak bertudung nak tutup aurat. Kena tarik minatnya. Kena bagi tutorial. Barulah betul. Jangan dihentam, cari kaedah yang betul untuk orang berubah. Kepada yang tak bertudung, marilah bertudung dan menutup aurat.....
Tutup aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah:
"Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
Sabda Nabi SAW:
Ertinya: "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." (Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
0 comments:
Post a Comment