Bagi yang ada harta banyak selalu akan mewarisi hartanya kepada anak-anak apabila mereka besar nanti. Si anak yang akan mewarisi harta akan berbuat demikian kepada anak-anaknya pula. Begitulah seterusnya sampai beberapa keturunan nanti. Kadang-kadang harta yang banyak dari datuk mereka hanya bertahan setakat tiga keturunan sahaja. Sampai kepada cucu , habis semua harta tergadai. Cucu pula yang tukang perabis. Joli katak dan membelanjakan harta sampai habis sehingga tiada lagi harta yang boleh diwarisi kepada cicit dan piut.
Tidur adalah ibarat mati. Ada yang mati semasa dalam tidur. Seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Sebelum anda tidur bacalah doa tidur. Mana tahu mungkin besok belum tentu lagi anda akan bangun. Bangun pagi anda seperti dilahirkan semula. Selalunya orang yang mati dalam tidur mempunyai masalah kes jantung yang lemah, lelah dan darah tinggi yang kronik. Yang paling leceh sekali ialah kentut semasa tidur!. Membuat pasangan anda atau orang yang berada disekeliling anda hilang selera untuk tidur. Elak makan telur rebus yang banyak waktu siang.
Reman pemandu van rogol murid dilanjut 6 hari lagi
30/07/2010 7:17pm
KUALA LUMPUR 30 Julai — Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.
Niat untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca kadang-kadang menjadikan kita sebagai tukang pembawa fitnah. Tanpa berfikir panjang, kita terus “copy dan paste” dari sumber yang kita sendiri tidak tahu kebenaran ceritanya. Penulis selalu berhati-hati dalam perkara ini. Takut pahala yang dicari, dosa pula yang dapat. Kepada blogger yang suka “copy dan paste” dari blog politik tidak kira dari blog pembangkang atau blog yang menyokong kerajaan atau blog sensasi mengenai artis ini dan artis itu yang mempunyai skandal. Berhati-hati kerana apa yang anda posting kat blog anda, akan dibaca oleh beribu-ribu orang. Anda akan menerima saham sama seperti mana saham tukang yang membuat fitnah. Bayangkan berapa banyak saham yang akan anda perolehi nanti iaitu saham neraka! Buatlah "blogwalking", anda akan berjumpa banyak blog yang menjadi tukang pembawa fitnah.
Sempena di bulan yang mulia, marilah kita menambahkan amal jariah kita dengan bersedekah. Sedekah merupakan salah satu nilai-nilai murni. Amalan sedekah boleh menambah eratnya hubungan tali silatulrrahim sesama insan. Sebab itulah Allah swt di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlu dan peri mustahaknya orang-orang kaya dan berkemampuan selalu menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang miskin dan hidup di dalam kekurangan. Dalam hubungan ini Allah swt amat memandang berat apabila urusan ini cuba diabai atau diberhentikan setelah sebelumnya ianya berjalan dengan baik.
Mengapa mereka murtad? Ini persoalan yang menghantui kepala penulis sekian lama. Adakah mereka ini orang yang kurang pendidikan agama? Adakah kerana kesusahan dan kesempitan hidup keluarga menjadikan mereka ini murtad?
Nama pelajar : HASNAH
Asal : Malaysia
Keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang kaki botol
Melanjutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
Mengapa keluar Islam? : Kesusahan dan keperitan hidup masa lampau yang dilalui.. adakah ini satu alasan yang rasional?
Gambar ikhsan dari Blog Minda Malaysia. Ini lagi satu gambar seekor mangkuk yang penulis dapat dari sebuah blog. Kenapa makin banyak kes-kes macam ni. Budak melayu pakai rantai salib. Di belakang pula ada tulisan kalimah Allah. Aduyai!!! Ini fesyen apakah? MasyaAllah!!!. Anda pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Mungkin generasi sekarang kian lupa akan kejadian dan peristiwa ini yang berlaku kira-kira 13 tahun dahulu. Mungkin pembaca sekarang masih dibangku sekolah lagi pada waktu itu dan ketiadaan media elektronik (internet) seperti sekarang. Isu Murtad ini sudah lama berlaku dan terus berlaku sehingga sekarang tanpa disiarkan di akhbar. Hanya pihak yang bekerja di pejabat agama yang tahu dengan terperinci kes murtad orang Melayu yang sangat mencemaskan masyarakat kita terutama orang Islam yang berbangsa Melayu.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر