HOT SITE CLICK HERE Tiada Alasan Untuk Tidak Solat | Islam For All
Breaking News
Loading...
Friday, January 3, 2014

Tiada Alasan Untuk Tidak Solat






4:103

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."  surah al-Nisa’(ayat 103).


Ayat diatas adalah dari surah An-Nisa ayat 103. Mari kita renungkan dan melihat diri kita sendiri. Kita lebih selesa bersolat dirumah atau apabila dalam perjalanan ke suatu destinasi akan berhenti diperhentian Plaza Tol atau masjid untuk melakukan solat apabila tiba masuk waktunya. 

Tetapi jika begitu bagaimana orang lain di luar negara yang merantau atau berhenti untuk bersolat tetapi tiada kemudahan seperti kita? Alangkah beruntungnya kita di bumi Malaysia ini. Jika kita memberi pelbagai alasan untuk tidak bersolat seperti seluar kotor dan terpaksa hadiri mesyuarat penting. Kita akan ponteng solat wajib dan hanya lakukan bila selesa apabila berada dirumah. 

Peringatan ini adalah untuk diri penulis dan para pembaca untuk tidak memberi alasan untuk ponteng solat. Ingat Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Ada satu kisah di zaman Saidina Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangnya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. Semoga gambar-gambar di bawah memberi keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba Allah SWT. Jazakallah khairan.


Dalam air pun hamba ni! solat..masyaAllah. Macamana ambil wuduk? 

Sujud, sholat di atas batu
Atas batu yang keras pun hamba ini solat. Lagi keras pukulan mungkar-Nangkir!

Sholat di atas dinginnya salju
Ditempat yang amat sejuk dan "extreme" ni pun solat. Mana takut dengan kedinginan tanah didalam kubur.

Di padang pasir...yang kering kontang pun boleh solat...tayamum. Kita ada air banyak sampai membazir. 

Tak ada imam yang sempurna sifat pun boleh solat berjemaah.

Dimana saja bumi Allah disitu aku solat keranaNya.

Susah dan fakir bukan alasan utk tidak solat. Nak tunggu kaya baru nak solat! takut tak sempat..Astaghfirullah!

Sholat di tengah olah raga
Masa latihan dipadang bola hamba ni solat kerana Allah. Jika kita dah ponteng sebab badan berpeluh, tak bersih,seluar kotor dan macamx alasan.  

Tak ada kemudahan surau kat tepi jalan ditempat cari makan boleh solat. Majikan kafir kot! Kita keje kat kilang Jepun siap ada surau berhawa dingin masih lagi komplen..tak bersyukur langsung!

Diatas bumbung bangunan yang tinggi boleh solat. Mahu seribu daya. Terjatuh semasa solat  konfirm jadi ahli syurga.. kita frust sikit putus cinta nak terjun bangunan bunuh diri.  

Kat kaki lima pun solat. Masjid tak jumpa. Janji solat dahulu sblm terlambat.

Tiada alasan tak solat walaupun tiada air mutlak. 

Hanya ini saja kawasan yang lapang sedikit untuk aku solat. Alhamdulillah.

Nak cari masjid tak jumpa kat sini pun jadilah aku solat. Peduli apa orang nak katakan... janji aku laksanakan perintahNya. Kita malu nak solat mcm ni takut orang kata kita menunjuk pulak.

Walaupun tiada tempat solat dlm perjalanan..Berhenti sekejap utk solat berjemaah. 

Atas kalvet lagi bersih untuk solat daripada atas tanah. Lagi sukar nak bersolat lagi banyak ganjaranNya. 

Kat tengah Jalan pun solat kerana semua tempat Allah yang punya.

Perjalanan jauh lagi..solat dahulu guna debu..Islam tak menyusahkan hambaNya. Cuma kita tak mahu belajar tayamum.

Tak sempat balik rumah kerana tidak mahu meringankan solat.

Pernah lihat orang bersolat kat tempat kita mcm ni??? Semua yg pergi tengok konsert buat  solat jamak dahulu ke ??

Mana nak cari surau kat tempat mcm ni, janji aku laksanakan perintahNya.

Engkau besar ke atau Allah Yang Maha Besar.. Yahudi laknat ni!  aku solat kerana Allah. Mati dan hidup ku kerana Allah.

Tak perlu kaki yang elok dan kuat untuk solat wajib. Kita yang sehat dan selalu makan vitamin AMWAY,HPA.COSWAY dan tak pernah "miss" MAKAN VITAMIN tiap-tiap hari tapi selalu lupa nak solat...Nauzubillah. 

Tapi melayari internet berjam-jam boleh pula..sampai tak makan tengahari...ini bukan alasan untuk tidak solat. Ini lalai dengan nikmat Allah kurniakan kepada kita sehingga lupa solat kepadaNya. 

Moga-moga kita tiada alasan lagi untuk tidak solat kerana alasan itu datangnya dari bisikan syaitan dan iblis untuk melalaikan kita yang lemahnya iman.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved