HOT SITE CLICK HERE Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW | Islam For All
Breaking News
Loading...
Wednesday, January 8, 2014

Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW






Daripada  Ubai  bin Kaab, katanya: 
“Adalah Rasulullah SAW apabila sampai satu pertiga  malam, baginda pun bangun lalu bersabda, “Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (gelombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu? 
Baginda  menjawab:  Seberapa  banyak  kamu kehendaki. Aku bertanya lagi: Satu perempat? 

Beliau menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ia  menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika separuh? 

Baginda menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu. 

Aku bertanya lagi: Bagaimana jika dua pertiga? 

Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan  kepada  kamu.  

Aku  bertanya lagi: Bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya  untuk  berselawat kepadamu? 

Baginda menjawab: Oleh yang demikian  segala kehendak mu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu.” (Hassan) 

Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah SWT sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian umpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup.  Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk termasuk berlaku  bencana. Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian ditentukan Allah SWT bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya. 

Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah SWT sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW sepanjang masa dan berdoa dijauhi daripada bahaya serta bencana menimpa. Orang  yang banyak berselawat adalah yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala  permohonan akan diperkenankan Allah SWT di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan  sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya.

Sesungguhnya arahan Rasulullah SAW supaya umatnya memperbanyakkan selawat juga disertai dengan suruhan  tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangan-Nya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved