HOT SITE CLICK HERE SAMBUT HARI JADI...SALAH ATAU BETUL! | Islam For All
Breaking News
Loading...
Friday, January 3, 2014

SAMBUT HARI JADI...SALAH ATAU BETUL!






Menyambut hari kelahiran tak salah. Tetapi menyambut hari jadi tak tepat pada unggapannya. Ayat atau ucapan selamat hari jadi adalah tidak tepat sama sekali. Yang sebenarnya menyambut hari kelahiran kerana kita tak tahu bila kita dijadikan di dalam rahim ibu. Bapa kita sendiri pun tak tahu bila kita dijadikan. Ayat bahasa inggeris "Birthday" adalah tepat. Begitulah dalam rancangan "Tanya Ustaz" oleh Dato Hasan Din Al-hafiz..

Lagi satu hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Budaya potong kek setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat. Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah SWT masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved