SABAR
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah SWT kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah SWT .
Seorang lelaki bertanya:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh".

Kemudian Baginda menjawab:
“Sekiranya benar seperti yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT selama mana engkau berada dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia adalah pengukur darjat keimanan seseorang.
Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturahim dan haram memutuskannya.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment