HOT SITE CLICK HERE PESTA KAUT BERAS DI LEBUHRAYA...YANG MAKAN BERAS INI APA HUKUMNYA? | Islam For All
Breaking News
Loading...
Thursday, January 2, 2014

PESTA KAUT BERAS DI LEBUHRAYA...YANG MAKAN BERAS INI APA HUKUMNYA?






Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik lori beras yang mengalami kemalangan  di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu mengaut dan memunggah beras yang bertaburan diatas jalanraya dan ada yang mengisi dibelakang bonet kereta. Mungkin setahun tak payah beli beras macam tu! 

Semasa penulis bersekolah dahulu pernah juga mengutip beberapa buah tembikai dari lori tembikai yang terbalik. Ingat boleh makan kat rumah. Sampai dirumah, arwah tanya mana ambil semua tembikai ini. Selepas memberitahu arwah tentang tembikai yang diperolehi dari lori yang terbalik. Habis kena marah dan penulis disuruh pulang balik buah tembikai ditempat asal kemalangan tersebut. Nasib baiklah dekat juga tempat lori terbalik. Itulah arwah ku yang digelar "Mat Lebai" walaupun telah pergi haji. Terima kasih ayah kerana mendidik ku. 

Arwah memberitahu jangan buat lagi perkara yang buruk ini lagi sehingga sekarang penulis masih ingat dan telah memesan kepada anak-anak jangan kutip atau ambil barang orang lain melainkan mendapat kebenaran tuannya.

"Satu zarah dari sumber yang haram yang menjadi daging dan isi badan kita akan dibakar terlebih dahulu oleh api neraka sebelum boleh masuk ke dalam syurga...Nauzubillah!!"   

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Nabi Muhammad saw:
Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)
HUKUM BARANG JUMPA

Bayangkan di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik pun tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa dikethaui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Nabi saw menyatakan :
Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya (bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )
Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101).

Itu perbincangan hukum menjumpai harta dan panjang lagi perbincangannya dalam mazhab-mazhab Fiqh Islam, cuma dapat kita lihat betapa Islam mengajar umatnya agar sentiasa peka dan berhati-hati dalam apa jua harta yang diterima. Malah yang dijumpai pun belum tentu boleh dimanfaatkan. Apatah lagi untuk mengganggap ia sebagai ‘rezeki terpijak’ atau ‘durian runtuh’.

Jika demikian displin Islam dalam bab harta yang dijumpai, tentulah Islam sangat melarang sesiapa juga mengambil kesempatan mencuri, merompak dan melarikan wang yang tercicir akibat kemalangan sedang diketahui tuannya sedang dalam kesakitan.

Nabi saw bersabda :
Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan Muslim yang lain, dan apabila seorang kamu mengambil hak milik saudaranya yang lain, wajiblah dia memulangkannya kembali (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud)
Nabi saw juga mengingatkan :
Tidak halal harta yang dimiliki oleh seseorang Muslim ( untuk diambil oleh orang lain) kecuali diizinkan olehnya ( Riwayat Ahmad, 5/72)
Tanpa memulangkan kembali, ia bakal menjadi suatu beban di dalam kuburan kelak. Ia amat jelas wang yang haram digunakan oleh mereka dan perlu disedari dosa tindakan itu berganda-ganda kerana sebab yang dinyatakan di atas.

Nak baca klik sini. PESTA KAUT BERAS

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved