Jangan Meringankan Solat Wajib Disebabkan Kesibukan Kerja Dan Mengejar Kekayaan.
Azam tahun 2014 agar kita berubah menjadi lebih dari tahun sebelum ini. Pelbagai perkara yang ditanamkan dalam diri kita pada tahun 20113. Adakah kita pernah berjaya memperolehi kejayaan sebelum ini. Bermacam-macam doa kita mohon dari Allah SWT tetapi tidak dimakbulkan. Cuba muhasabahkan diri kita tentang kelalaian dan kecuaian kita. Yang paling utama adalah tentang solat wajib yang kita lakukan sebelum ini. Disebabkan selalu meringan-ringan solat kerana kesibukan dunia maka Allah SWT tidak memperkenankan doa-doa kita.
Orang dikiri dan kanan kita memperolehi kejayaan tetapi kita masih ditakuk yang lama seperti tahun-tahun berikutnya. Tiada kemajuan diri dan terasa rendah diri bila bersama-sama kawan-kawan yang sudah berjaya. Jangan mengeluh atau putus asa kerana mungkin ini akibatnya bila kita meringan-ringan solat wajib. Allah SWT tidak akan lupa pada hambaNya jika hambaNya selalu mengingatiNya. Jika kita menjauhkan diri kita dari Allah SWT, Allah SWT akan menjauhikan kita. Mulai tahun 2011 ini mulai dekatkan diri kita padaNya. Semuga kita memperolehi kejayaan yang besar dalam hidup kita.
Solat yang wajib jangan diringan diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.
Azab di dunia:
Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
Doanya tidak dimakbulkan.
Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.
Azab ketika dia hendak mati:
Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
Dia mati dalam keadaan kelaparan.
Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.
Azab di dalam kubur:
Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.
Azab selepas kebangkitannya:
Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
Allah SWT murka kepadanya.
Dia dicampakkan ke dalam api neraka.
Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :
Rezekinya dipermudahkan baginya.
Dia selamat dari azab kubur.
Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment