HOT SITE CLICK HERE I LuV "HUDUD" | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

I LuV "HUDUD"




Apabila kita memperjuangankan Hukum Hudud dilaksanakan di negara ini ada saja suara-suara sumbang yang menentangnya. Sudah banyak negara luar mengiktirafkan Malaysia sebagai Negara Islam. Oleh itu laksanakanlah Hukum Hudud yang mulia ini. Sekarang ni banyak sangat berlaku jenayah seperti kecurian, kes rogol, kes bunuh dan banyak kes lagi hendak disenaraikan.

Hanya hukum hudud sahajalah yang terbaik untuk menyelesaikan segala masalah ini. Memberi kesan dan kesedaran kepada masyarakat dan kepada mereka yang berani melanggar undang-undang negara akan dihukum cara Islam.

Aku sungguh sakit hati dan sedih dengan beberapa peristiwa yang berlaku keatas aku dan keluargaku baru-baru ini. Mujurlah aku banyak beristighfar kepada Allah SWT. Ini kisahnya:

Kes Pertama

Kes lelaki hidung belang. Aku berjumpa dengan lelaki tersebut yang menganggu isteri kawan aku ini untuk memberi nasihat dan amaran jangan buat lagi perkara terkutuk ini. Semasa memberi amaran/nasihat kepada si lelaki hidung belang ini, beliau tidak mengaku dan ini membuat aku hilang kesabaran lalu aku bagilah penampar jepun kemukanya 2 atau 3 kali kuat bukan bertujuan mencederakan tetapi sebagai peringatan jangan ganggu isteri orang lagi. Aku ingat dah selesai perkara ini dan apa yang berlaku sebaliknya. Aku dicari polis kerana menamparnya. Lelaki tersebut telah membuat laporan polis kononnya dipukul, nasib baik penampar ku tidak meninggalkan sebarang kesan atau luka. Jika tidak panjang cerita pulak.

Dalam perkara ini “Yang melakukan maksiat dilindungi oleh undang-undang polis dan yang mencegah kemungkaran seperti kami dianggap penjahat”.Terbalik pulak kami yang jadi penyangak akhirnya. Kami diberi amaran oleh polis sekiranya berlaku lagi perkara ini akan dikenakan tindakan undang-undang. Inilah “undang-undang kafir”. Jadi kami diamkan diri dan berserah sahaja kepada Allah SWT dan berdoa jika mereka buat lagi terimalah bala Allah SWT. Cepat atau lambat tunggulah tetapi kalaulah aku buat laporan polis terlebih dahulu sebelum lelaki hidung belang tersebut buat, apa agaknya tindakan pihak polis? Adakah lelaki ini akan ditangkap dan diberi amaran juga kerana menggangu isteri orang! Wallahu alam....

Kes Kedua:

Kes motor hilang. Adik Ipar aku baru beli motor baru untuk pergi kerja. Tidak sampai 3 hari dah kena sapu dek sang pencuri. Buatlah laporan polis untuk mendapat insuran nanti. Yang menyedihkannya sampai hati pencuri bedebah ini mencuri menyebabkan dia kehilangan kenderaan untuk mencari nafkah. Kalau hukum hudud dilaksanakan. Tak jadilah perkara ini. Ini menyusahkan orang. Dalam kes ini penyamun yang beroleh kemenangan dan akan mencuri lagi selagi ada peluang nanti. Minta Allah SWT sahaja cabut nyawanya semasa menunggang motor curi itu. 

Kes Ketiga: 

Kes pecah rumah. Aku dijemput untuk satu majlis membaca yasiin minggu lepas. Ingat majlis kenduri aruah! Rupanya sahabat baik ini semasa pergi melawat rumah anaknya di pantai timur, rumahnya dimasuki pencuri. Adalah barang-barang berharga diambil termasuk perkakas letrik tak seberapa pun. Tapi barang yang paling penting sekali komputer riba. Banyak maklumat disimpan didalamnya. Walaupun telah tahu siapa yang mencurinya tetapi tiada bukti yang kukuh bagi pihak polis membuat tangkapan. Semuga sahabat ini mendapat balik barang yang dicuri orang kerana kepada Allah SWT sahaja tempat mengadu.

3 asas penerapan hukum Islam ada di dalam kehidupan umat.

1. Ketaqwaan individu yang mendorongnya untuk terikat kepada hukum syara'
2. Kawalan masyarakat
3. Negara Islam yang menerapkan syariat Islam secara utuh .
Apabila salah satu asas ini telah runtuh maka penerapan syariat dan hukum-hukumnya akan mengalami penyimpangan dan akibatnya Islam sebagai ideologi akan hilang dari muka bumi.

Contohnya:

1. Ketaqwaan individu yang mendorongnya untuk terikat kepada hukum syara'

Masa zaman Rasulullan saw, ada dua orang yang bernama Maiz Al Aslami dan Al Ghamediah yang telah melakukan zina. Walaupun tidak ada seorang pun yang menyaksikannya, tapi mereka sendiri datang bertemu Rasulullah saw minta dijatuhi hukuman kepada mereka. Kenapa mereka sanggup berbuat demikian? sedangkan mereka tahu hukumnya adalah mati kerana dia pernah menikah(muhshan) dan hukumannya direjam hingga meninggal dunia. Belum lagi mereka akan menanggung malu kepada orang ramai. Jawapannya tentu kerana ketaqwaan mereka kepada Allah SWT dan bayangan akhirat mereka yang begitu kuat sehingga merasa malu atau hukuman di dunia hingga mati sekalipun sanggup mereka jalani. 

Dengan itu dosa mereka akan diampuni dan di akhirat mereka mendapat jaminan syurga Allah SWT. Inilah natijah daripada ketaqwaan seseorang dan apabila ketaqwaan tersebut masih dimiliki oleh individu, masyarakat dan pemerintah maka hukum syara' pastinya terjamin perlaksanaannya.

2. Kawalan masyarakat

Yang dimaksudkan kawalan individu dan masyarakat ialah setiap individu mesti saling memberi peringatan di antara satu sama lain. Manusia bukanlah malaikat dan bukan juga maksum daripada dosa. Oleh itu manusia memerlukan manusia lain untuk mengawal dirinya.Sesuai dengan Surah Al Ashr : 1-3

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan denagn kesabaran."

3. Negara Islam yang menerapkan syariat Islam secara utuh .

Adanya negara Islam yang menerapkan seluruh syariat Islam. Islam telah menegaskan kedudukan Khalifah kaum muslimin sebagai ra'in (pengembala) yang bertanggungjawab ke atas ra'iyah (gembala) nya. Apabila ada yang sakit, kelaparan terjadi pergaduhan antara satu gembala dengan gembalanya yang lain dan seterusnya semuanya tanggugjawab pengembala (khalifah). Semuanya wajib diselesaikan denagn baik iaitu dengan menghukumi masing-masing "gembala" tersebut dengan hukum syara'. 

Sabda Rasulullah saw:

"Kamu semuanya penanggungjawab ke atas gembalanya. Maka, pemimpin adalah pengembala dan dialah yang selalunya bertanggungjawab ke atas gembalanya." ( HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan At Tirmizi dari Ibnu Umar)

1. HUDUD ialah jenayah berat yang Allah SWT dan Rasul telah sebutkan hukumannya didalam quran dan hadis seperti: 

a. Tuduh orang zina tanpa saksi sebat 80 kali
b. Teruna dan dara zina sebat seratus kali
c. Mencuri dipotong tangan
dan lain-lain

2. DIYAT adalah gantirugi yang wajib dibayar oleh seseorang yang melakukan jenayah keatas tubuh badan:

a. Bunuh yang tidak qisas diat 100 ekor unta
b. Membutakan sebelah mata diat 50 ekor unta
c. Mencabut seurat janggut diat 5 ekor unta (sebagai contoh, tepatnya semak semula)

3. TAKZIR ialah hukuman bergantung kepada budi bicara hakim dalam perkara yang bukan qisos,bukan hudud dan bukan diyat

4. QISAS ialah membalas kepada penjenayah dengan bentuk kesalahan yang sama dilakukan keatas orang lain:

a. Bunuh dibalas bunuh (jika cukup syarat. Seandainya tak cukup syarat qisos hendaklah beralih kepada diyat).
b. Potong tangan orang dibalas potong tangan juga.
c. Mencederakan orang lain dengan sengaja dalam bentuk yang boleh dibalas sama, hukumnya ialah boleh diqisos dan boleh beralih kepada diyat, bergantung kepada kehendak mangsa.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved