HOT SITE CLICK HERE Dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina | Islam For All
Breaking News
Loading...
Friday, January 3, 2014

Dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina






Akibat terpengaruh dengan video lucah barat dalam internet atau CD lucah yang dijual secara haram  dipasar malam. Ada sesetengah suami yang kurang iman ingin mencuba kaedah ini kerana terangsang melihat video lucah. Ada satu kes di mahkamah syariah di sebelah utara sikit masa dahulu membicarakan seorang suami yang baru kahwin tiga tahun, selalu meliwat isterinya sehingga isterinya tidak tertahan lagi lalu melaporkan kepada pejabat agama.

Ada sesetengah isteri yang berdiam diri bila diliwat oleh suami sendiri kerana sayangkan suaminya sehingga sanggup menyerahkan diri untuk diliwat. Perbuatan liwat ini sangat menjijikkan dari segi kesihatan dan maruah seseorang itu. Di zaman Hitler dahulu di Jerman. Diantara mangsa "holocust" selain dari bangsa yahudi dan gipsi. Pondan dan gay yang berbangsa Jerman dibunuh bersama yahudi. Betapa bencinya Hitler  kepada golongan ini. 

Pada zaman Nabi Luth as, diturunkan bala keatas kaum ini sehingga lenyap negeri itu disebabkan kaum Nabi Luth as yang suka melakukan maksiat homoseks dan lesbian. Kepada pasangan suami isteri  semasa melakukan hubungan seks sekiranya suami anda meraba bahagian tersebut, tempiskan tangannya atau "awang dogonyal" jangan biarkan berlaku liwat. Jika dicuba akan menjadi ketagihan. Kerana ini akan menjadi satu tabiat yang buruk kepada suami anda.

Dari segi hukum, meliwat isteri sendiri sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur. Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." – Hadis riwayat al-Darimi.
Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya. 

Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu." – Surah al-Nisa'': 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. 

Penzina lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.Firman ALLAH S.W.T:
"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.
Menurut ''Ubbadah bin al-Somit r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Kamu semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang daerah." - Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah.
Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hasan sahih. Manakala hukuman perbuatan liwat, kedua-duanya hendaklah dibunuh (direjam). Menurut Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Wallahu a''lam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved