Dah tahu judi itu haram beli juga
Gambar Hiasan |
Menasihatkan kawan-kawan yang masih giat membeli nombor ramalan 4 angka bukannya perkara mudah. Ada yang memberi berbagai alasan. Si yop ini memberi alasan akan berhenti membeli kalau kena banyak nanti. Si wak pulak bagi alasan saja-saja suka beli tapi adalah seringgit atau lima ringgit paling banyak. Sebenarnya mereka ini membeli impian takut-takut nanti semua wang yang halal yang mereka dapat habis kerana tak berkat sebab berniat untuk berjudi. Ada yang bawa isteri bersama pakai tudung tolong beli. Lain kali suami patut suruh isteri buang tudung dulu kalau nak datang beli nombor ramalan sebab jatuhkan martabat wanita Islam lain yang bertudung seperti gambar diatas.
Pelbagai cara kaedah mengira yang dipanggil "cai"dan boleh kalah pakar matematik kerana jika mereka ini belajar mengira dahulu di sekolah. Mungkin sekarang ada yang jadi professor. Nak tengok kaki cai (mengira) pergilah ke restoran berdekatan berhampiran kedai nombor ramalan. Ada yang bawa laptop sekali untuk cai. Tapi akhir sekali semuanya berkecai. Ada yang dapat tapi balik modal. Begitulah kisah kehidupan orang yang membeli nombor ramalan pada hari rabu,sabtu dan ahad.
Walaupun ada tertulis. Orang Islam tidak dibenarkan membeli. Namun menjadi pelik pulak kerana lesen ini dikeluarkan oleh kerajaan kita yang mengaku negara Islam. Ada "signboard" terpampang kat dinding kedai diseluruh negara. Ada jugak tangkapan dibuat oleh Jabatan Agama Islam. Tapi boleh kira dengan jari orang yang kena tangkap. Selalunya penjual nombor ramalan akan memberitahu kepada pembeli yang berugama Islam supaya jangan masuk hari ini. Kata amoi "Hari ini lu jangan masuk dalam beli, jaga-jaga itu haji ada mari sama polis, tangkap ". Jadi ada yang mengupah si apek atau si tambi jadi "runner" beli nombor untuk mereka. Selamatlah di dunia ini. Tapi di akhirat nanti belum tentu lagi.
Penulis pernah melawat Hong Kong, Manila dan Bangkok pada tahun 2008 dan 2009 dahulu. Tak nampak pun satu kedai nombor ramalan yang ada seperti kat negara kita. Pada hal Hong Kong bukanlah negara Islam kerana majoriti penduduknya 90% bangsa China yang kita tahu mereka ini kuat berjudi. Tapi itulah hakikatnya.
Pada mereka yang masih giat membeli nombor ramalan. Sekiranya terbaca posting ini, mari berhenti dan bertaubat sebelum terlambat kerana berjudi adalah satu daripada dosa besar. Jadi, kepada yang mahu bertaubat, atau sudah bertaubat, namun masih tetap bergaul dan bersahabat dengan teman-teman lama dari kalangan ahli maksiat, maka yakin bahawa orang itu tak boleh bertaubat dengan benar. Kalaupun ia boleh bertaubat, maka taubatnya tak akan nashuha (murni).
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syurga dan neraka bukan asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun, tidak ramai mengambil iktibar atas setiap peringatan diberikan iaitu mengenai azab bakal dikenakan kepada orang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat kepada orang beriman dan beramal salih. Lantaran itu, pada akhirat kelak tiada manusia yang tidak menyesal atas segala kejahatan dilakukan bila mana mereka melihat keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta nikmat dalamnya. Sementara orang dimasukkan ke dalam syurga pula akan bersyukur kerana terselamat daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka dan penghuninya.
Oleh itu, selagi masih hidup dan mempunyai harapan memperbaiki nasib bagi mengelak keazaban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta mengerjakan amalan diredai Allah SWT supaya nanti tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment