HOT SITE CLICK HERE Bermaaf-maafan membaiki hubungan bukan satu kelemahan diri. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Sunday, January 12, 2014

Bermaaf-maafan membaiki hubungan bukan satu kelemahan diri.




Syukur Alhamdulillah, setelah 30 hari kita berpuasa, kini Syawal menjelang tiba.  Setiap dari kita mempunyai anggapan  yang berbeza tentang Aidilfitri. Ada yang menganggapnya sebagai hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, ada juga yang menganggap Aidilfitri sebagai hari untuk berkumpul dengan ahli keluarga. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk memikirkan takrifan Aidilfitri dalam hidupnya. Ada juga yang merebut peluang untuk memohon maaf pada hari Raya Aidilfitri.  Amalan memohon maaf merupakan amalan yang terpuji namun amalan ini bukanlah hanya perlu dilakukan sekadar setahun sekali iaitu pada hari raya, bersalam-salaman dan sekadar mengucap “Saya minta maaf.” Ya, Aidilfitri boleh dijadikan sebagai platform untuk kita saling bermaafan, tetapi perlulah lebih ikhlas dalam mengharapkan kemaafan dan memaafkan insan lain bagi mendapatkan keredhaan Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Kenapa kita sering berasa sukar untuk memohon maaf? Mungkinkah kerana kita terlalu ego dan tidak mahu mengaku kalah? Kebanyakkan orang menganggap perlakuan memohon maaf akan menunjukkan kelemahan diriBenarkah? Mampukah kita merobohkan ‘tembok’ yang meletakkan ego dan emosi pada kedudukan yang sangat tinggi sehingga kita alpa tentang ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini?

Bagaimana pula jika kita tidak tahu akan kesilapan yang telah dilakukan? Atau mungkin juga kita yakin bahawa kita tidak bersalah, tapi perlukah kita memohon maaf? Mungkin senang untuk menjawab secara lisan, mungkin sukar bagi sebahagian masyarakat. Usahlah memohon maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Cuba tanamkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ukhuwah tersebut. Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai komitmen untuk memperbaiki hubungan dan bukannya satu kelemahan diri.

Memang sukarkan untuk memohon maaf? Lebih-lebih jika kita sendiri tidak pasti apa kesalahan kita. Namun,jika kita sedar akan betapa mahalnya nilai sebuah ukhuwah, nescaya semua manusia di muka bumi ini akan hidup aman damai dan saling bermaaf-maafan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran,(yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”(Riwayat Bukhari)

Jika ada orang yang berbuat salah terhadap kita, alangkah baiknya jika kita dapat sucikan hati dancuba memaafkan insan tersebut sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nanti. Cuba lupakan kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita.  Bukankah lebih baik jika kita cuba memaafkan orang lain dan cuba selesaikan masalah yang telah berlaku daripada kita terus mengeruhkan keadaan?

Wasallam. Jazakallah Khairan.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved