AQIQAH
Pengertian Aqiqah
Menyembelih binatang pada hari yang ketujuh selepas kelahiran seseorang bayi itu.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Setiap kanak-kanak yang baru lahir bergantung denga aqiqahnya sehingglah disembelihkan baginya aqiqah pada hari yang ketujuh selepas hari kelahirannya dan pada hari itu juga diberikan namanya dan dicukur rambutnya"
Hukum Aqiqah
Hukumnya sunat bagi orang yang wajib menanggung belanja nafkah bagi kanak-kanak itu. Kalau tidak dapat dilakukan pada hari yang ketujuh boleh aqiqah itu dilakukan pada bila-bila masa sahaja anak itu baligh.
Binatang yang sah dibuat aqiqah sama ada dengan binatang yang sah dibuat qurban tentang umurnya, keadaannya, dan tidak cacat.
Sabda Rasullulah S.A.W.
"Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sama umurnya dan untuk anak perempuan seekor kambing"
Hukum Daging Aqiqah
Sunat dimasakkan terlebih dahulu kemudian baru disedekahkan. Bagi yang membuat aqiqah boleh dimakan sedikit dan yang lain disedekahkan.
Hikmat Aqiqah
1. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah SWT sejak mula ia dilahirkan.
2. Sebagai fidyah atau tebusan bagi menebus si anak itu dari segala bala bencana.
3. Melepaskan belenggu anak untuk memberi syafaat kepada kedua orang tuanya.
4. Melahirkan rasa gembira dengan melaksanakan perintah Allah SWT itu.
5. Mengukuhkan lagi pertalian dan kasih sayang antara anak-anak di dalam masyarakat dengan makan bersama-sama daging aqiqah itu.
6. Menunjukkan rasa kesyukuran kerana menerima kedatangan anak yang baru.
Jazakallahu khairan.
0 comments:
Post a Comment