BILA SEDEKAH JATUH KE TANGAN ORANG FASIK
Sanggupkah anda memberi sedekah anda kepada pelacur, pencuri dan orang kaya yang bakhil!. Jika sebelum ini kita selalu memberi sedekah pada golongan yang miskin dan anak-anak yatim. Bacalah kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah saw yang memberi sedekah kepada tiga golongan orang yang fasik seperti yang disebut diatas.
"Ada seorang laki-laki berkata, 'Aku hendak bersedakah malam ini.'Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Besok pagi orang banyak mempercakapkan bahwa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, 'Wahai, Allah! 'Segala puji bagi-mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi'. Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, "Wahai Allah! Untuk Mu-lah segala puji, karena Engkau telah menjadikan sedekah-ku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.' Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikan kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu berujar pula, 'Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pencuri.' Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya: "Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti melacur; kepada sikaya, semoga dia menyadari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk sipencuri,semoga dia berhenti mencuri."
Wasallam.
Dipetik dari kitab Hadis Imam Muslim terjemahan bahasa Indonesia.
0 comments:
Post a Comment