Adakah ada manusia yang sempurna? Tiada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Maka bagi kaum yang beriman diwajibkan saling nasihat menasihati dalam kebaikan supaya menta'ati kebenaran. Jika ada hambaNya yang ingat dirinya hanya lebih baik dari orang lain dan sempurna dalam segala hal berkenaan ibadat dan baik soal kehidupan. Orang lain dipandang rendah, dia adalah manusia yang paling dicelakai oleh Allah SWT. Rugi ibadatnya siang dan malam. Egonya yang tinggi kerana dia yang lebih baik dari orang lain.
Sudah dua minggu kita melangkah masuk tahun baru 1432 hijrah. Adakah anda sudah muhasabah diri anda? Adakah sudah diperiksa diri anda berkenaan ibadah anda yang masih kurang dan belum sempurna lagi? jika sempurna, adakah akhlak kita juga sudah berubah dari buruk menjadi lebih baik? Adakah kebaikan yang belum kita laksanakan seperti menolong insan yang memerlukan bantuan kita dari segi tenaga dan kewangan? Jika kebaikan masih kurang tingkatkan lagi kebaikan menolong insan lain. Lihat pada hadith berikut yang bermaksud:
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,
"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".
Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".(Sahih Muslim).
Manusia menerima pemberian Allah SWT dalam pelbagai bentuk. Anugerah ini sama ada kecil atau besar, sedar atau tidak, adalah nikmat yang harus disyukuri dengan hati ikhlas dan rasa keinsafan.
Hakikat ini harus diyakini dengan sebenar-benarnya oleh setiap Muslim seperti dijelaskan Allah SWT bermaksud:
“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?”[QS Luqman: 20]
Tidak dapat dinafikan tidur adalah satu amalan yang perlu dan pasti bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini. Manusia bukannya enjin. Ia tidak dapat bekerja tanpa rehat. Enjin boleh digerakkan tanpa rehat selagi perkara yang diperlukan olehnya seperti minyak dan sebagainya dapat kita penuhi.
Manusia walau pun mendapat cukup makan dan minum akan merasa penat sekiranya bekerja terus menerus tanpa rehat. Tanpa rehat, tenaga manusia akan terus berkurangan. Cara berehat sebaik-baiknya bagi manusia bukanlah dengan berhenti bekerja, tetapi dengan tidur.
Sesiapa sahaja boleh mengaku dia di dalam kebenaran, namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada panduan dan pimpinan daripada ALLAH SWT. Lebih lebih lagi di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing menyatakan dia benar dan patut diikuti.
Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan kebenaran. Lantaran itulah ALLAh SWT mengingatkan kita "Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur." - (as-Saba':13)
Ertinya:
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر