HOT SITE CLICK HERE WANITA BERZINA MAHU PANDUAN TAUBAT NASUHA | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

WANITA BERZINA MAHU PANDUAN TAUBAT NASUHA


Persoalan Agama: Wanita berzina mahu panduan taubat nasuha bersama JAKIM 

SAYA gadis berusia 20-an yang pernah berzina dengan bekas teman lelaki. Kini saya menyesal dan malu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia juga sudah memberi kesedaran dan saya ingin bertaubat. Saya hanya mengerjakan solat wajib tetapi saya sedar ia belum mencukupi. Saya ingin taubat nasuha tetapi tidak tahu cara mengerjakannya.

Aidah Johor

Syabas. Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan” (Surah an-Nur: ayat 31). 
Taubat adalah perasaan kesal yang amat sangat dan menimbulkan keazaman dan niat untuk berubah. Manusia yang bertaubat tahu maksiat adalah halangan memperoleh kasih sayang Allah SWT, oleh itu dia akan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan dan memohon keampunan Allah SWT. 

Cara dan syarat taubat nasuha ialah:

Berazam meninggalkan maksiat serta-merta walaupun berkemungkinan seseorang tergelincir sekali lagi dalam melakukan kesalahan. Seperti firman Allah SWT bermaksud: 
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana).” (Surah al-Nisa, ayat 17)
Menyesal dan benci dengan sebenar-benarnya perbuatan maksiat iaitu sedaya upaya menjauhinya. Ada ulama menyatakan jika seseorang dapat menahan godaan maksiat itu tujuh kali atau tujuh tahun, maka dia tidak akan dihinggapi maksiat berkenaan selama-lamanya.

Melakukan ketaatan dan kebaikan bagi menebus kesalahan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 
“Setiap orang yang melakukan dosa, kemudian dia berwuduk dan memperbetulkan, lalu dia bersembahyang dua rakaat dan memohon keampunan, Allah SWT akan mengampunkannya.” (Riwayat Ahmad)
Bagaimanapun dalam kes zina, seseorang yang ingin bertaubat perlu merahsiakan kesilapannya. Jika dia mengaku kepada pemerintah atau diketahui pemerintah, hukuman hudud wajib terhadapnya tetapi taubatnya juga sah.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved