HOT SITE CLICK HERE SEPASANG KEKASIH DIRENDAM DALAM AIR KERANA BERZINA | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 20, 2014

SEPASANG KEKASIH DIRENDAM DALAM AIR KERANA BERZINA




Rendam Dalam Air Kerana Berzina. Kalau macam ni penzina-penzina lain tak akan takut melakukan zina lagi. 

INDONESIA – Akibat tidak makan ‘saman’ dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah.

Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.

Menurut laporan dari blog Suarapeople.com, orang-orang kampung mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi sebuah rumah di kampung berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak diendahkan.

‘Kegiatan’ zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat untuk memakai pakaian mereka semula.

Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan Ernawati telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa mereka.
Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka.

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.

Sumber: Edisikini.com

0 comments:

Post a Comment


Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved