HOT SITE CLICK HERE Adakah Esok Masih Ada Untuk Kita Teruskan Hidup? | Islam For All
Breaking News
Loading...
Thursday, January 30, 2014

Adakah Esok Masih Ada Untuk Kita Teruskan Hidup?





Tidur itu ibarat mati, Mungkin malam ini malam terakhir bagi kita. Adakah kita sempat bertaubat sebelum tidur. Adakah kita sudah bersedia kesana jika besok kita bangun diri kita sudah berada di dalam kubur.  

Umur kita semakin hari bertambah, nyawa semakin hari berkurang. Kita hanya ada 3 masa. Masa yang lepas, masa sekarang dan masa akan datang. Begitu juga nafas kita. Adakah kita akan bernafas hari esok. Ada yang tengah makan  berhenti bernafas, tengah berkaraoke pun  berhenti bernafas. Yang bernasib baik berhenti bernafas ketika bersolat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)
Masa yang lepas tak akan kembali, yang ada masa sekarang. Masa akan datang belum tentu lagi. Ambil kesempatan dengan masa sekarang untuk bertaubat. Takut tak sempat tunggu masa akan datang. Masa yang ada genggamkan. Pendekkan cita-cita kita untuk tunggu masa akan datang.
Menurut al-Syarawi, Allah SWT akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.
Allah SWT juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.
Kata perpatah melayu."Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Yang dikejar itu (Dunia). Projek, bisnes dan harta dll. Yang dikendong itu (Akhirat). Semua tercicir kerana dunia. Tinggalkan akhirat kejar dunia. Jangan sempat mengira sebelum dapat. Apa yang ada bersyukur dengan nikmatNya. 

Ini kisah seorang haji yang sakit dan tinggal di wad selama 5 tahun dan akhirnya kembali ke rahmatullah selepas koma beberapa hari. Beliau sempat memberitahu kepada ustaz ku sebelum beliau koma.  Selama 5 tahun beliau terlantar di wad pesakit. Ramai yang datang melawat beliau. Tetapi ramai yang kembali ke rahmatullah lebih awal dari beliau iaitu seramai 20 orang termasuk saudara dan kawan-kawan yang datang melawatnya dahulu. 

Ingat yang sakit akan mati dulu. Tapi yang sehat pergi dulu. Yang sakit bernasib baik dah tentu bertaubat dan berzikir. Dah tahu akan pergi kesana. Kata Ustaz ku. Jika semasa kita sedar dan terlantar sakit, selalu berzikir kepadaNya. Jika seseorang itu koma. Jantung dan hatinya akan tetap terus berzikir. Alangkah beruntung hamba ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi  . Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18)
Jadi sebelum tidur marilah lakukan solat taubah agar segala dosa kita diampunNya. Jika esok kita bangun dan masih hidup lagi. Ambil kesempatan yang ada untuk bertaubat kepadaNya.


Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved