TANDA-TANDA ORANG YANG MUKMIN
Dalam kehidupan ini, keimanan seseorang menentukan seberapa dekatnya seseorang dengan tuhannya. Kekayaan, ketampan atau pun kemartabatan bukanlah seseorang itu dekat dengan tuhannya. Meskipun orang itu miskin tidak rupawan dan tidak bermartabat asalkan ia mempunyai iman kuat kepada Allah SWT maka tidak mustahil orang tersebut di hadapan Allah SWT sangatlah mulia. Sekarang apakah ciri-ciri dari seorang yang beriman tersebut?.
Lebih lanjut tentang sifat-sifat Orang Mukmin.
Tanda-tanda orang mukmin.
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1. Mengawasi dirinya
2.Menghisab diri
3. Memperbanyakkan Ibadat kepada ALLAH.
Semuga kita tergolong didalam golongan orang-orang yang mukmin.
Jazakallah Khairan.
0 comments:
Post a Comment