HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Friday, January 3, 2014
 Masa Menjadi Terlalu Singkat.

Masa Menjadi Terlalu Singkat.





Lagi lima hari sahaja lagi akan menjelang tahun 2011. Terasa cepatnya masa berlalu maka bertambahlah umurku. Mungkin masa yang lalu tidak akan berulang lagi dan terus menjadi kita semakin hampir ke alam barzakh. Tanpa disedari masa meningalkan kita. Terasa waktu berputar lebih cepat kehadapan. Terasa masa cepat berlalu. Mungkin hidup ini singkat. Jadikan hidup ini untuk mengasihiNya supaya mendapat rahmatNya. Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan. Bukti kasihNYA, kita wujud didunia pinjaman ini.

Ertinya:
 Muhasabah diri tingkat kesyukuran

Muhasabah diri tingkat kesyukuran




Menjelang tahun 2011 yang akan datang beberapa hari lagi hendaklah kita bermuhasabah atau membuat perkiraan, perhitungan dan pertimbangan terhadap amalan dilakukan dalam urusan ibadat atau muamalat sesama manusia sangat digalakkan bagi merenung kembali dan memperbaiki semua amalan dilakukan kepada Allah SWT. 

 MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA





Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda: 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). 

 UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN




Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 

"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (H.R.Muslim)

 GOLONGAN ANTI HADITH

GOLONGAN ANTI HADITH





Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." H.R. Abu Daud
no image

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU





Ertinya:

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, 

"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (H.R. Hakim)
 Jangan Meringankan Solat Wajib Disebabkan Kesibukan Kerja Dan Mengejar Kekayaan.

Jangan Meringankan Solat Wajib Disebabkan Kesibukan Kerja Dan Mengejar Kekayaan.





Azam tahun 2014 agar kita berubah menjadi lebih dari tahun sebelum ini. Pelbagai perkara yang ditanamkan dalam diri kita pada tahun 20113. Adakah kita pernah berjaya memperolehi kejayaan sebelum ini. Bermacam-macam doa kita mohon dari Allah SWT tetapi tidak dimakbulkan. Cuba muhasabahkan diri kita tentang kelalaian dan kecuaian kita. Yang paling utama adalah tentang solat wajib yang kita lakukan sebelum ini. Disebabkan selalu meringan-ringan solat kerana kesibukan dunia maka Allah SWT  tidak memperkenankan doa-doa kita. 






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved