HOT SITE CLICK HERE Haji yang mabrur (1) | Islam For All
Breaking News
Loading...
Wednesday, January 8, 2014

Haji yang mabrur (1)




Jika cukup kemampuan dan semua hutang habis dibayar bolehlah menunai rukun Islam yang ke 5. Disebabkan LUTH memberi giliran mengikut tahun kepada jemaah haji untuk ke Tanah Suci, terpaksalah tunggu giliran tersebut. Jika mahu ke Tanah Suci pada tahun hadapan tanpa menunggu giliran. Bolehlah guna pakej haji iaitu RM19,000 seorang. Ada ke duit sebanyak itu? Tapi jangan terkilan jika tidak terpilih sebagai Tetamu Allah tahun ini.

Penulis faham dan hayati rasa hati saudara-saudari. Inilah perasaan yang membuak-buak dalam dada penulis  setiap tahun bila melihat orang lain ke Makkah tahun demi tahun. Seakan-akan diri terpinggir.

Namun, pada tahun lepas dan tahun ini tidak lagi. Kerinduan yang tertahan tidak menjejaskan diri. Tidak  ada rasa terkilan akibat “tertahan”. Tidak ada rasa “terpinggir” walaupun tak sampai. Mengapa?

Alhamdulillah menerusi pengajian, muhasabah diri dan nasihat-nasihat orang yang tua-tua dalam hidup penulis,  kini tahu apa makna semuanya itu.

Bersedialah untuk menunaikan haji seperti bersedia menemui mati. Bersihkan jiwa, fikiran, perasaan dan pancaindera daripada dosa-dosa. Bermujahadah. Berperanglah habis-habisan dengan nafsu. Jika belum dipanggil lagi itu petanda Allah SWT masih menghulurkan waktu untuk kita bersedia. Itu sesungguhnya lebih baik daripada “sudah”  dipanggil, “telah” hampir, tetapi belum bertemu-Nya!

Apa maksud penulis? Pada buku catatan penulis tertulis begini:

“Apakah tanda haji mabrur? Boleh dijawab oleh tuan punya badan sendiri.

Pertama, apakah hatinya merasa semakin dekat dengan Allah SWT? Kedua, apakah dia terasa semakin ringan untuk melakukan kebaikan? Ketiga, apakah dia mula terasa berat amat untuk melakukan maksiat?  Keempat, apakah akhlaknya bertambah baik? Kelima, apakah  dia sudah jadi role model kepada orang-orang di sekelilingnya?

Catatan itu akan bersambung lagi: di Haji yang Mabrur (2)

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved