HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Monday, January 20, 2014
PEMUDA UNGGUL DARI KISAH ASHABUL KAHFI

PEMUDA UNGGUL DARI KISAH ASHABUL KAHFI





Ashabul Kahfi tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

1.Untuk mengabdikan diri kepada Allah.
2.Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
3.Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah:
MENGENAL WALI-WALI ALLAH DAN KAROMAH MEREKA.

MENGENAL WALI-WALI ALLAH DAN KAROMAH MEREKA.



 

Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat, pengetahuan, budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami pasang surutnya. Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti akan muncul insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai ini diserapi kembali ke dalam jiwa manusia. Perkembangan adat dan nilai akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa Nabi saw mempunyai moral yang paling sempurna . 


Nabi s.aw.pun mengenalkan dirinya sebagai utusan yang akan menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak.Justeru itu, Allah s.w.t. telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.Nabi Muhammad s.a.w. telah berhasil membina sahabatsahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada waktu sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang neraka. Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena bantuan Allah dan bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya Nabi s.a.w. menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin,berharap penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu menjalani kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan seterusnya hingga kini.
BETUL KE PERTUBUHAN MELAYU MURTAD SUDAH DILULUSKAN.?

BETUL KE PERTUBUHAN MELAYU MURTAD SUDAH DILULUSKAN.?





Setakat ini penulis belum lagi membuat penyelidikan yang lebih lanjut tentang kebenaran Persatuan (IFC) ini diluluskan ataupun tidak tetapi mengetahui ada ura-ura IFC Malaysia hendak ditubuhkan tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. 

Walau apa pun agenda-agenda IFC ini sebaik-baiknyanya diketahui oleh semua umat Islam di Malaysia yang sayangkan Islam. Sebagai seorang Islam kita kena tentang habis-habisan penubuhan persatuan ini walau apa cara sekalipun walaupun terpaksa melawannya sehingga titisan darah terakhir sebelum terlambat. Tujuan IFC adalah semata-mata mahu memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia ini dengan berbagai cara yang halus dan menentang mereka ini adalah jihad "Fisabilillah".
 KELAB TAAT SUAMI (KTS)

KELAB TAAT SUAMI (KTS)




Salam,

Penulis tak sangka banyak juga ahli-ahli KTS kat Perak, dari gambar yang tertera dimuka hadapan metro. Nampaknya isteri-isteri KTS yang taat suami ini semuanya bertudung dan menutup aurat. Alhamdulillah... Biarlah pihak JAIPK membuat siasatan dahulu tentang kempen ini. Janganlah kita menghukum mereka kerana mungkin niat mereka ini baik tapi caranya mungkin tak kena. Mungkin perkara isu-isu KTS yang lepas banyak memberi pandangan yang negatif terhadap masyarakat.
Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan!

Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan!


 

Saya terjumpa satu tips menghafal muka surat Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
SEPASANG KEKASIH DIRENDAM DALAM AIR KERANA BERZINA

SEPASANG KEKASIH DIRENDAM DALAM AIR KERANA BERZINA




Rendam Dalam Air Kerana Berzina. Kalau macam ni penzina-penzina lain tak akan takut melakukan zina lagi. 

INDONESIA – Akibat tidak makan ‘saman’ dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah.

Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.
Pelajar IPT Seru Jin Di Dewan Peperiksaan Untuk Lulus Bahasa Inggeris

Pelajar IPT Seru Jin Di Dewan Peperiksaan Untuk Lulus Bahasa Inggeris



Pelajar IPT Seru Jin Di Dewan Peperiksaan Untuk Lulus Bahasa Inggeris



Kalau dengar memang pelik dan tak percaya dengan perkara-perkara mengarut ini. Tapi memang benar kerana jin "Kafir" bukan khas untuk orang Melayu sahaja di dunia ini. Ada jin yang bertuankan "Mat Salleh" tinggal dalam gereja murtadkan orang Islam yang lemah iman kerana RM1000. Yang tinggal kat Wat Siam lagi banyak, tugas utamanya melakukan kerja-kerja sihir untuk tuannya. Kadang-kadang bila seorang itu disampok Jin yang berdampingi dengan bomoh Siam itu. Orang itu boleh bercakap Siam. Selalu berlaku bila berubat kat Pusat Perubatan Islam semasa Ustaz hendak keluarkan makhluk halus dari badan pesakit. Ada yang terkena Jin dari Indonesia boleh bercakap bahasa Jawa Sunda sebiji macam suara penyanyi Broery Marantika(Akhir Sebuah Impian).


KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Sunday, January 19, 2014
 Sayyidina Umar Abd AL- Aziz

Sayyidina Umar Abd AL- Aziz




Umar bin Abdul Aziz membersihkan kedua tangannya. la berdiri. Di depannya nampak makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umayyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat al marhum, Umar bin Abdul Aziz menduduki jabatan khalifah. Baru saja Umar bangkit berdiri, tiba-tiba ia mendengar suara riuh. "Ada apa?", tanya Khalifah kedelapan Bani Umayyah itu heran.

"Ini kendaraan Anda, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang sambil menunjuk sebuah kendaraan mewah yang khusus disiapkan untuk sang khalifah.
Bidadari untuk Saidina Umar ra

Bidadari untuk Saidina Umar ra






Saidina Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. 


Saidina Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam.Saidina Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

 Saidina Umar AL Khattab

Saidina Umar AL Khattab






Pada akhir abad 17 Hijriyah Saat itu kaum Muslimin sebenarnya sedang menikmati kemenangan pasukan mereka di Irak dan Syam. Namun di tengah kegembiraan itu, mereka dikejutkan oleh datangnya musim kemarau berkepanjangan. Selama sembilan bulan hujan tak turun. Bumi gersang dan penuh debu. Hewan dan tanaman menjadi korban.

Keadaan Madinah tak terlalu buruk. Di bawah pemerintahan Umar bin Khaththab, Khalifah Kedua setelah Rasulullah saw wafat, penduduk Madinah dibiasakan menyimpan makanan. Akibatnya, dari berbagai daerah masyarakat datang berbondong bondong, mengunjungi di kota Nabi itu. Selama beberapa saat Madinah boleh bertahan. Tapi lama kelamaan penduduknya makin tertekan. Mereka mulai kekurangan bahan makanan. Lalu apa yang dilakukan Umar bin Khaththab kala itu?
HUBUNGAN SEKS DI BULAN RAMADHAN .... BAGAIMANA?

HUBUNGAN SEKS DI BULAN RAMADHAN .... BAGAIMANA?





Firman Allah SWT:

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf[115] dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa(Surah Al-Baqarah 2:187 

Mengenai turunnya ayat ini terdapat beberapa peristiwa sebagai berikut:

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:

"Celakalah saya wahai Rasulullah"

Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”

Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”
CARA BERJIMAK DALAM ISLAM

CARA BERJIMAK DALAM ISLAM





Musim kawen sudah tiba kerana minggu hadapan mulalah cuti persekolah yang panjang. Pada pasangan-pasangan pegantin baru eloklah baca N3 ini sebagai panduan kelak. Nak berkahwin pun kena ada ilmu supaya perkahwinan nanti akan kekal bahagia ke akhir hayat nanti.

Bersetubuh adalah hubungan paling erat antara lelaki dan wanita. Sebuah persetubuhan hanya boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita yang terikat dalam pernikahan. Jika tidak, maka itu adalah zina.

Dalam ikatan pernikahan pun, tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai dengan ajaran agama. Tentu saja anda harus mengetahui bagaimana cara bersetubuh dalam Islam dan menjalankannya.
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS







Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. 

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 

Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 


"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
BERAKHIRNYA UJIAN KEPADA NABI AYUB

BERAKHIRNYA UJIAN KEPADA NABI AYUB






ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah. 

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

Allah membenarkan iblis untuk menjalankan tipu muslihatnya. Tujuan Allah membenarkan iblis berbuat sedemikian adalah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.

Namun begitu, Allah mengetahui bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi walaupun diberikan pelbagai ujian dan dugaan.

Penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub sungguh teruk sekali hinggakan baginda tidak berdaya untuk bangun daripada pembaringannya. Semakin hari, badannya semakin kurus dan baginda tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Mukanya menjadi pucat dan matanya cengkung.

Walaupun Allah mengujinya dengan penyakit yang begitu teruk, tetapi Nabi Ayub tetap beriman dan memuji kebesaran Allah. Penyakit yang dihadapinya memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya.
KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH SWT

KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH SWT






Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan. 

Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum
KISAH NABI IBRAHIM A.S DAN RAJA NAMRUD

KISAH NABI IBRAHIM A.S DAN RAJA NAMRUD





Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang Tuhan Baqarah [258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.

Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)

Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258] 

KISAH NABI NUH A.S

KISAH NABI NUH A.S






Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya 

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis. 

Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ". 
RASULULLAH TERIMA AL-QURAN PELBAGAI CARA

RASULULLAH TERIMA AL-QURAN PELBAGAI CARA



 
 

Erti kata ‘Al-Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr Subhi Al Salih adalah ‘bacaan’, asal kata qara’a. Kata Al-Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca).

Dalam Al-Quran sendiri ada pemakaian kata ‘Quran’ dalam erti sedemikian seperti yang disebut dalam ayat 17 dan 18, surah al-Qiyaamah yang bermaksud: 
“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dada kamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya.” 
Kemudian dipakai kata ‘Quran’ itu untuk Al-Quran yang dikenali sekarang ini. Ada pun definisi Al-Quran ialah ‘Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir dan membacanya adalah ibadat.’






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved